KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 7 April 2011

Kijang Makin Longlai.



Terima hakikat pasukan Kelantan tidak lagi segarang permulaan musim.

Corak permainan turun naik ditambah dengan sikap beberapa pemain yang tidak memberi sepenuh konsentrasi menyebabkan Kelantan kini ditimpa dua kekalahan.

Tidak menyalahkan semua pihak namun hakikat ini harus diakui oleh pemain, pihak pengurusan dan juga penyokong setia di luar sina bahawa tahap permainan yang ditunjukkan dari perlawanan ke perlawanan semakin menurun.

Kelantan tidak lagi kebal dari serangan lawan malah memboloskan banyak gol sejak kebelakangan ini.

Jika musim lalu kita tampil menyengat tanpa sebarang masalah besar tetapi untuk tahun 2011 pelbagai coretan sudah terpatri dalam catitan pasukan..

Secara tidak langsung ia memberi kesan kepada keseluruhan permainan yang ditunjukkan para pemain.

Mahu tidak, satu post mortem perlu dilakukan oleh pihak KAFA bagi mencari segera apa masalah sebenarnya yang berlaku kerana kita tidak mahu setiap keputusan negatif yang dicatatkan terpalit dengan cakap-cakap seperti pembelian pemain oleh bookie dan juga pasukan lawan.

Sikap acuh tidak acuh pihak didalam pasukan menangani masalah ini bakal memberi kesukaran kepada Kelantan untuk menamatkan saingan dengan coretan manis seperti tahun-tahun dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular