KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 15 April 2011

Peyokong Perak Biadab.


kata-kata yang di tulis oleh penyokong Perak

Penyokong Perak bertindak biadap apabila melakukan provokasi kepada penyokong Kelantan termasuklah mengeluarkan kenyataan memfitnah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Kenyataan yang dikeluarkan individu bernama Sulaiman Ali Sulaiman di halaman sosial, Facebook bukan sahaja menimbulkan kemarahan penyokong pasukan The Red Warriors malahan semua rakyat Kelantan yang menjunjung Al Sultan Kelantan.

Demi mempertahankan maruah negeri dan juga Raja, penyokong Kelantan dari Tanah Merah akan mengadakan satu perhimpunan aman selama 10 minit selepas Solat Jumaat di Dataran Masjid Sultan Ismail Petra bagi menyatakan bantahan dengan kenyataan yang dikeluarkan Sulaiman Ali Sulaiman.

Bantahan para penyokong Sang Kijang tersebut akan disusuli dengan laporan polis di Ibu Pejabat Polis Tanah Merah.

Pihak The Redlanders selaku penganjur turut meminta semua pihak penyokong untuk bersama-sama mereka di dataran masjid bagi menyatakan bantahan beramai-ramai dengan kenyataan biadap dan fitnah kepada KDYMM Sultan Kelantan.

Selain itu, penyokong Kelantan diseluruh negara juga diseru untuk bersama-sama melakukan laporan polis dengan kenyataan individu yang tidak bertanggungjawab tersebut bagi membersihkan kembali nama dan maruah negeri Kelantan dari dipersendakan orang ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular