KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 22 April 2011

Ekslusif Di RedsFC-News
Temubual Dengan Datuk M. Karathu.

Berikut adalah temubual ringkas RedsFC-News bersama Datuk M. Karathu di The Red Warriors Cafe, Kelantan Trade Centre (KTC).

Jam: 7.30 Malam
Hari: Khamis
Tarikh: 21 April 2011

RedsFC-News: Bagaimana dengan persiapan pasukan Kelantan untuk perlawanan melawan Perlis?
- Datuk Karathu: Pemain Kelantan berada dalam prestasi terbaik ketika ini dan kita jangkakan para pemain tidak mempunyai masalah untuk mencatatkan kemenangan.

RedsFC-News : Bakal kesebelasan Utama pasukan?
- Datuk Karathu: Saya akan melakukan perubahan dalam skuad utama malam esok dimana kita akan memasukkan Ramzul dalam kesebelasan utama. Kita akan beri peluang kepada Ramzul untuk menunjukkan aksi selepas lama berehat akibat kecederaan. Kita juga akan merehatkan beberapa pemain utama kerana pertemuan dengan Selangor sangat penting. Saya akan memasukkan beberapa pemain simpanan untuk digandingkan dengan pemain sedia ada dan selepas mendahului 2 atau 3 gol mungkin saya akan mengeluarkan pemain penting ini untuk direhatkan.

RedsFC-News : Norshahrul Idlan Talaha, diturunkan?
- Datuk Karathu: Ya, kita akan menurunkan Norshahrul dalam kesebelasan utama. Dia dan Shakir sebelum ini sudah berehat kerana pengantungan perlawanan.

RedsFC-News : Bagaimana dengan persembahan Badri Radzi, mungkinkah akan berada dalam kesebelasan utama, esok?
- Datuk Karathu: Badri bermain baik di Perlis dengan menjaringkan hatrik selepas kita rehatkan dia sebelum ini. Dia akan berada dalam pasukan esok. Kita harap dia dapat memberikan persembahan terbaik dan mengulangi jaringan.

RedsFC-News : Tahap Permainan Khairul Fahmi mula dipertikaikan, Komen Datuk?
- Datuk Karathu: Khairul Fahmi merupakan penjaga gol terbaik tetapi dia mengalami keletihan selepas menyertai banyak aktiviti luar seperti aktiviti penajaan dan lain-lain di Kuala Lumpur Walaupun pergi dengan kapal terbang, pemain tetap akan letih kerana mengalami perjalanan jauh. Sebab itu, dia tidak dapat beri tumpuan penuh dalam perlawanan. Selepas ini Khairul tidak lagi dibenarkan untuk menyertai aktiviti luar atas arahan dari pihak pengurusan

RedsFC-News : Mungkinkah Khairul Fahmi Direhatkan?
- Datuk Karathu: Saya tidak pasti tetapi kemungkinan besar Khairul Fahmi akan terus menjadi penjaga gol utama Kelantan.

RedsFC-News : Target Datuk perlawanan menentang Perlis?
- Datuk Karathu: Saya yakin kita akan menang dan memungut tiga mata penuh.

RedsFC-News : Terima Kasih Datuk.
- Datuk Karathu: Sama-sama.
sumber redsfc news

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular