KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 7 April 2011

Dapat tajaan RM1.2 juta


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) terus menerima suntikan kewangan apabila menerima tajaan lumayan bernilai RM1.2 juta daripada happy selaku penaja utama The Red Warriors (TRW) musim ini.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa ketika melancarkan pek edisi khas happy – The Red Warriors khusus untuk para peminat dan penyokong setia bola sepak Kelantan dalam satu majlis di KB Mall, Kota Bharu, semalam.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Naib Presiden Kafa, Datuk Ismail Md Noor, Pengurus Pemasaran happy Wilayah Pantai Timur, Mohd Fairose Harun, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Alhamra Red Warriors (ARMY), B Sathianathan serta barisan pihak pengurusan dan pemain Liga Super Kelantan musim ini.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, tajaan bernilai RM 1 juta diberikan dalam bentuk wang tunai sementara RM200,000 lagi dalam bentuk perkongsian pendapatan secara bersama.

“Happy menjadi syarikat yang pertama muncul sebagai penaja utama TRW dalam bentuk penajaan yang besar. Kita amat berbesar hati apabila pihak happy sudi menaja kita sebanyak RM1.2 juta pada musim ini,” katanya selepas majlis pelancaran produk terbaru happy.

“Pelancaran produk terbaru ini menandakan Kelantan muncul sebagai pasukan bola sepak pertama di negara ini yang mempunyai kad sim eksklusif. Program pencarian bakat baru dalam sukan bola sepak menerusi Akademi Alhamra Red Warriors bermula pada 9 April ini,” katanya.

Menurutnya, program itu menyasarkan pencarian 240 pemain muda untuk diketengahkan sebagai pelapis kepada TRW dengan matlamat melahirkan lebih ramai bakat baru dalam sukan bola sepak tempatan. -Sinar Harian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular