KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 23 April 2011

Red Warriors baham Singa Utara

PENYERANG Kelantan Norshahrul Idlan Talaha (kanan) mengasak pertahanan Perlis Mohd Sani Mohd Isa pada perlawanan pusingan kedua Liga Super, malam tadi.

KELANTAN memulakan aksi pusingan kedua, Liga Super dengan nota bergaya apabila gah membelasah Perlis 4-0 dalam saingan di Stadium Sultan Mohamad IV di Kota Bharu, malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan anak didik Datuk M Karathu melonjak ke tangga kedua liga dengan mengumpul 27 mata daripada jumlah 14 perlawanan mengatasi Terengganu yang hanya akan memulakan saingan pusingan kedua bertemu Perak, malam ini.

The Red Warriors yang menewaskan skuad Singa Utara itu 5-1 dalam perlawanan terakhir pusingan pertama Liga Super di Kangar Selasa lalu, menguasai saingan dari awal dan mendahului dengan satu gol pada babak pertama menerusi jaringan Mohd Azuan Solahudin pada minit ke-40 hasil sepakan melencong dari luar kotak penalti.
Enam minit bersambung babak kedua, penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha menggandakan kelebihan tuan rumah menerusi satu rembatan kencang selepas menerima hantaran Daudsu Jamaluddin, sebelum Mohd Nizad Ayub dan ketua pasukan Mohd Badri Radzi menambah derita pelawat apabila masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-69 dan 73 melengkapkan kemenangan selesa.

Sementara itu, di Stadium KLFA Cheras, Kuala Lumpur yang melayan kunjungan FELDA United terus buntu mencipta kemenangan yang amat diharapkan bagi membalas dendam kekalahan 2-1, Selasa lalu untuk berpuas hati sekadar seri tanpa jaringan.

Terdesak bagi mencari pengubat duka, skuad Kuala Lumpur bimbingan Razip Ismail tampak garang pada babak pertama perlawanan dengan beberapa cubaan berbahaya namun ketumpulan jentera serangan menyaksikan sebarang jaringan gagal dicipta.

Malah FELDA yang dijana Azrul Ahmad - penyerang yang meledak dua gol ketika pertembungan lalu tampak garang dengan beberapa cubaan berbahaya yang memaksa penjaga gol KL, Norazlan Razali bekerja keras

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular