KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 21 April 2011

Piya gembira ledak hatrik untuk The Red Warriors


PADA firasat Md Badhri Radzi gol awal ketika Kelantan membenam Perlis di Kangar, malam kelmarin sebagai punca dia dan rakan sepasukan pulang ceria berbekal kemenangan besar dalam saingan Liga Super.

Pemain itu yang juga dikenali dengan panggilan mesra ‘Piya’ jelas tidak terbayang rasa gembira selepas merakamkan jaringan hatrik ketika The Red Warriors menang 5-1 di Stadium Utama - sekali gus membalas kepercayaan ketua jurulatih, Datuk M Karathu yang memberi peluang kepadanya kembali mengemudikan jentera tengah.
“Kami bersemangat tinggi untuk menewaskan Perlis walaupun pasukan lawan itu mengejutkan Negeri Sembilan dengan 3-2 di Kangar. Selepas mendahului dengan gol awal, kami bertambah yakin mampu menundukkan Singa Utara itu.

“Hasil kemantapan dari segi mental dan fizikal, kami mampu tewaskan lawan walaupun beraksi di tempat lawan, sekali gus pulang dengan tiga mata penuh dan lebih manis saya turut menyumbangkan tiga gol membantu kejayaan Red Warriors,” katanya di Kota Bharu, semalam.

Selepas direhatkan pada dua perlawanan lalu menentang Felda United dan Perak, kehadiran semula ketua pasukan Kelantan itu nyata membutirkan hasil dengan aksi bertenaga.

Selain jaringan hatrik Badhri, dua gol Kelantan lagi disumbang penyerang kebangsaan dan Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha bagi melengkapkan kemenangan bermakna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular