KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 2 April 2011

Pantau Nicholas Chan


JURULATIH pasukan Liga Super Kelantan, Datuk M Karathu akan menilai prestasi anak kepada pemilik kelab bola sepak Inggeris Cardiff City, Nicholas Chan yang kini beraksi bersama skuad Piala Presiden Kelantan.

Karathu berkata, pemain berusia 18 tahun itu sangat berbakat bagaimanapun perjalanannya dalam karier bola sepak masih jauh.



“Kita mesti tengok prestasi Nicholas terlebih dahulu. Dia akan diserap ke dalam pasukan jika pengalamannya bertambah.

“Lagipun dia masih muda, kita tunggu dan lihat perkembangannya,” katanya.

Nicholas adalah anak kepada Datuk Chan Tien Ghee yang merupakan Pengerusi Cardiff City.

Sementara itu, Karathu berkata, tempoh rehat dua minggu Liga Super digunakan sepenuhnya untuk memantapkan pasukan.

Menurutnya, dalam tempoh terbabit anak buahnya hanya sempat berehat selama empat hari sahaja kerana mempunyai dua perlawanan persahabatan bersama kelab tempatan di Kota Bharu.

“Pemain tidak berehat panjang, cuti dua minggu itu digunakan untuk perlawanan persahabatan bersama kelab tempatan.

“Perlawanan itu untuk menilai semula dan membaiki kelemahan yang ada pada pasukan,” katanya.

Beliau berkata, pada aksi persahabatan itu beliau melakukan eksperimen dengan menurunkan ramai pemain simpanan.

“Saya menurunkan ramai pemain simpanan untuk memberi peluang mereka bermain, lagipun empat pemain saya tiada kerana komitmen bersama pasukan negara,” katanya. - sinar harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular