KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 21 April 2011

Pemain Dituntut Kekal Aksi Mantap.





Persembahan mantap ketika membelasah Perlis dituntut kepada semua pemain Kelantan dalam perlawanan Liga Super, selepas ini.

Selain diminta mempamerkan aksi mantap, pemain The Red Warriors juga perlu menjaga kecergasan mereka bagi merealisasikan impian bergelar juara liga utama buat kali pertama.

Komitmen yang berterusan dari pemain Kelantan membolehkan kejayaan yang dicapai berterusan.

Jika pemain Kelantan beraksi dengan penuh semangat tinggi, tiada sebab untuk tidak mencatatkan pelbagai kejayaan.

Pemain Sang Kijang juga diminta tidak mempedulikan perkara lain yang bolej menjejaskan tumpuan mereka dalam kempen Liga Super.

Masih banyak kelemahan yang harus diperbaiki sebelum Kelantan benar-benar mantap dalam segenap posisi.

Sebagai sebuah skuad yang kuat dan digeruni lawan dengan mempunyai ramai pemain terbaik serta berpengalaman, Kelantan dituntut untuk terus membuktikan reputasi mereka ke tahap tertinggi bagi menghapuskan pandangan lawan yang memandang remeh kekuatan Sang Kijang.

Imej yang tercalar sejak akhir-akhir ini harus diperbaiki segera demi nama baik yang dibina sejak lima tahun dahulu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular