KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 1 April 2011

Kijang Muda Mengamuk.

Kesebelasan Utama Kelantan



President Warriors menang besar apabila membelasah Sime Darby 4-1 di Padang Mini Penjara, Pengkalan Chepa, petang tadi.

Permulaan babak menampilkan aksi hambar kedua-dua pasukan sehinggalah minit ke-12 apabila pemain sayap Sime Darby, Raslam Khan melakukan satu percubaan jarak jauh namun sempat ditepis keluar Mohamad Syazwan.

Percubaan pertama Kelantan hadir pada minit ke-20 apabila sepakan Khairul Izuan Rosli meliar tidak mencabar pintu gol pelawat.

Tanpa diduga, President Warriors memecah kebuntuan melalui sepakan jarak dekat Faiz Suhaimi pada minit ke-24 hasil lantunan palang gol sepakan percuma Mohd Farhan Yaacob.

Kesebelasan Utama Sime Darby
Selepas itu, kedua-dua pasukan terus gagal memberi aksi terbaik ekorang keadaan padang yang kurang memuaskan.

Pada minit ke-40, Tuan Mohamad Norhafizie berjaya merampas bola dari kaki pemain pertahanan Sime Darby namun suntingan dari luar kotak penalti tersasar keluar.

Sime Darby tidak mengalah apabila mendapat satu sepakan percuma pada minit ke-44 tetapi Raslam Khan hanya mampu menyepak lemah terus ke dakapan Mohamad Syazwan.

Manakala sepakan percuma Mohd Farhan Yaacob pada minit kedua masa tambahan pula turut mudah diselamatkan penjaga gol Sime Darby, Nik Yus Saiddatul Suffien.


Bersambung babak kedua, Kelantan memulakan serangan pantas kearah pintu gol pelawat namun sepakan Mohd Zabeel Nor tersasar.

Percubaan volley Norhamizi Haron turut tidak menepati sasaran pada minit ke-49.

Zamri Ramli pula menyaksikan sepakan dari luar kotak penalti pada minit ke-56 melewati palang gol.

Kelantan akhirnya dapat mengandakan kedudukan pada minit ke-60 melalui jaringan Mohd Farhan Yaacob selepas percubaan awal Norhamizi Haron gagal ditepis keluar penjaga gol Sime Darby.

Lima minit kemudian, Izuan Rosli mencuba dari jarak dekat namun gagal menerjah jaring.


Tetapi kehampaan itu pantas ditebus Izuan selepas menyempurnakan hantaran Mohd Farhan Yaacob pada minit ke-67.

Azyu Ikmal melengkapkan hari gemilang President Warriors dengan jaringan keempat melalui tandukan padu menewaskan sama sekali Nik Yus Saiddatul Suffien hasil sepakan sudut Mohd Farhan Yaacob pada minit ke-70.

Tidak patah semangat, pemain Sime Darby melakukan beberapa serangan bahaya untuk mencari gol saguhati.

Percubaan Abdul Muiz pada minit ke-75 mudah diselamatkan penjaga gol Kelantan, Mohamad Syazwan manakala sepakan kencang Raslan Khan dalam kotak penalti tujuh minit selepas itu tersasar ke sebelah kanan pintu gol Sang Kijang.

Ahmad Bukhari Termizi turut gagal menyempurnakan peluang satu lawan satu dengan penjaga gol Kelantan pada minit ke-89.

Selepas puas mencuba, Sime Darby akhirnya mendapat gol saguhati melalui sepakan lencong Shukur Saidin selepas melepasi perangkap offside pemain pertahanan Kelantan pada minit ke-90.

Kesebelasan Utama:

Kelantan: Zahasmi Ismail & Hamid Ramli.
Md Syazwan (Gk), Nik Shahrul Azim (Kp), Md Faiz Suhaimi, Zabeel Mohd Nor (Muizzudin Marzuki), Md Khairul Izuan, Md Farhan Yaacob, Md Zamri Ramli (Shahiran Md Zin), Nick Chan (Faizol Nazlin), Akid Ramli (Azyu Ikmal), Norhamizi Haron dan Tn. Md Norhafizie ( Shafiq Haikal).

Sime Darby: Mohd Nidzam Adha Yusof.
Nik Yus Saiddatul Suffien (Gk) (Muhd Syamim), Azmirul Azmi, Taufiq Shukur (Naim Md. Hashim), Azlan Zakaria, Syukur Saidin, Naufal Naim, Abdul Rahman (Firdaus Harun), Muhd Ruzaini, Abdul Muiz (Zamirul Zamri), Wan Md Aiman (Ahmad Bukhari) dan Raslam Khan.

Statistik Perlawanan

Gol
Kelantan 4-1 Sime Darby

Percubaan
Kelantan 14-8 Sime Darby

Sepakan Sudut
Kelantan 10-1 Sime Darby

Sepakan Percuma
Kelantan 15-14 Sime Darby

Offside
Kelantan 4-1 Sime Darby

Posisi Bola (%)
Kelantan 60-40 Sime Darby

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular