KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 13 April 2011

Penyokong Mahu Perubahan Segera.




Ramai peminat Kelantan mula menyuarakan rasa tidak puas hati selepas kekalahan besar kepada Perak, semalam.

Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena dalam pasukan Kelantan ekoran kekalahan demi kekalahan di tempat lawan sejak akhir-akhir ini.

Sebelum ini, Kelantan tumpas kepada Pahang 0-2, tewas mengejut kepada T-Team 2-4 dan kemuncaknya kekalahan teruk 0-4 kepada Perak.

Menurut Lokman Bonyamin, barisan pertahanan Kelantan dilihat sangat rapuh dan seringkali melakukan kesilapan memberikan gol mudah kepada pihak lawan.

Penyudah tumpul penyerang juga menyumbang kepada kekalahan kepada Perak semalam dan Kelantan hanya mengharapkan barisan tengah memberikan aksi sedikit mantap pada permulaan babak pertama dan kedua sebelum kembali kepada sediakala selepas Danial Fadly dibawa keluar oleh Karathu, ulasnya.

Bagi penulis blog, Wawan Faiz, perlu perubahan dengan segera dari dalam pasukan dengan merehatkan beberapa nama dari turun dalam perlawanan termasuklah penjaga gol Kelantan. Khairul Fahmi Che Mat.

Benar, kekalahan Kelantan semalam tidak boleh dipersalahkan seratus peratus kepada Khairul Fahmi Che Mat setelah penjaga gol nombor satu negara tersebut melakukan dua kesilapan. Dia wajar direhatkan seketika selepas pertemuan dengan Felda kerana dapat dilihat Khairul Fahmi menghadapi banyak perlawanan dalam masa singkat menyebabkan pemain muda ini mengalami keletihan ekoran tekanan perlawanan.

Bagi ahli-ahli RedsFC-News di laman sosial, Facebook, sudah tiba masanya ketua jurulatih melakukan perubahan besar-besaran dalam pasukan dengan melakukan sistem giliran dalam dua perlawanan terakhir pusingan pertama selepas ini.

Sudah jelas pemain Kelantan sudah ketandusan idea dan mengalami keletihan selepas digunakan secara kerap bermula pada Disember tahun lalu dan perlawanan menentang Sabah serta Perlis wajar digunakan Karathu untuk merehatkan beberapa pemain utama.

Dua lawan ini tidak boleh dipandang ringan tetapi Kelantan memerlukan pemain yang benar-benar mampu memberikan kejayaan kepada pasukan. Tambahan pula, Kelantan mempunyai ramai pemain simpanan berkaliber yang mampu menggalas tugas di dalam kesebelasan utama seperti Aziz, Wan Rohaimi, Nidzad, Subra, Mohd Shahrizan dan lain-lain.

Dua pemain dari skuad presiden, Izuan Salahudin dan Mohd Farhan Yaacob juga boleh dimasukkan kedalam pasukan utama. Selain pendedahan dalam perlawanan liga atasan, dua pemain ini juga dapat memberi nafas baru kepada corak serangan pasukan Kelantan.

Justeru itu, Datuk M. Karathu diseru melakukan perubahan pemain dengan segera termasuklah menggunakan kembali sistem gilir pemain kepada beberapa pemain utama dan simpanan untuk mengembalikan semula tahap permainan lebih jitu dari semua pemain yang berada didalam pasukan.

SUMBER:REDSFC NEWS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular