KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 4 April 2011

Hasrat KAFA dapat Reaksi Positif.



Hasrat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk mengadakan perlawanan kelayakan olimpik di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV mendapat reaksi positif dari ramai pihak.

Rata-rata penyokong Kelantan yang ditemui Kelatebola turut teruja dengan pengumuman KAFA tersebut dan berharap perlawanan ini bakal menjadi kenyataan.

Ahli Majlis KAFA turut bersetuju agar permohonan itu dapat dipertimbangkan pihak AFC melalui badan induk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Tan Sri Annuar Musa dalam laporan akhbar berkata, pihak KAFA akan menyediakan sebuah gelanggang yang dapat menonjolkan suasana hidup dan penuh untuk menyokong pasukan kebangsaan.

Beliau yakin para penyokong Kelantan akan hadir dengan baju serba kuning dan biru semasa menyaksikan perlawanan tersebut seterusnya memberi sokongan padu kepada pemain yang berjuang.

Sebelum ini, Presiden KAFA yang juga Timbalan Presiden FAM tersebut ada menyatakan secara terbuka hasrat untuk membawakan perlawanan Malaysia menentang Lebanon ke Kota Bharu.

Keinginan KAFA tersebut telah dipersetujui ketua jurulatih skuad Olimpik Kebangsaan, Ong Kim Swee.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular