KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 18 April 2011

Bawa Pemain Sertai Kem Motivasi.



Prestasi tidak konsisten Kelantan sejak akhir-akhir ini perlu diperbaiki segera.

Banyak perlawanan yang dilalui menyebabkan pemain Kelantan mengalami keletihan.

Tekanan perlawanan turut menjadi penyebab utama pemain Sang Kijang mula menunjukkan penurunan prestasi mendadak.

Ketika pasukan lain mula memasang gear laju untuk memecut kehadapan, Kelantan pula semakin jatuh dari perlawanan ke perlawanan.

Malah, Stadium Sultan Muhamad Ke-IV yang digeruni pihak lawan sebelum ini sudah tidak lagi ditakuti selepas kejayaan Sabah, Felda dan Terengganu mengikat tuan rumah.

Satu tindakan segera perlu dilakukan KAFA untuk mengubah tahap mentaliti pemain yang semakin jatuh.

Mungkin membawa pemain menyertai beberapa kem motivasi boleh dipraktikkan bagi memberi ruang kepada pemain melepaskan tekanan setelah kekangan perlawanan dalam masa singkat disamping harapan besar peminat tidak lagi mampu digalas.

KAFA perlu menaikkan kembali semangat para pemain dengan memberikan segala kemudahan yang termampu agar pemain dapat menunjukkan tahap permainan konsisten dalam baki perlawanan selepas ini termasuklah saingan Separuh Akhir Piala FA, bulan depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular