KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 10 April 2011

Kelantan belasah Felda United

Harapan mengunung ribuan penyokong-penyokong The Red Warriors yang membanjiri Stadium Sultan Muhammad ke-IV akhirnya tercapai apabila pemain-pemain berjaya memberikan tiga mata penting yang membolehkan Kelantan merampas takhta liga dari Selangor walaupun berkongsi mata tetapi Kelantan berkelebihan jaringan gol.

Perubahan drastik yang dibuat oleh M.Karathu ternyata berjaya memastikan Kelantan memenangi perlawanan malam ini setelah dihampakan pasukan T.Team sebelum ini dengan kekalahan tipis 4-3.


M.Karathu meletakkan kapten pasukan Badri Radzi dibangku simpanan malam ini dan mengantikan dengan Danial Fadly yang ternyata berjaya mengemudi pasukan dengan baik malah menjaringkan gol melalui sepakan percuma.

Walaupun Kelantan agar sukar untuk menembusi pertahanan Felda United semangat juang pemain ternyata membuahkan hasil apabila Shakir merembat kencang diluar kotak penalti menewaskan penjaga gol Felda.

Gol tersebut ternyata memberikan suntikan semangat kepada pemain-pemain yang membuat serangan bertali arus sehingga memaksa pemain Felda menjatuhkan S.Chanturu di dalam kotak penalti.Pengadil tidak teragak-agak untuk memberikan sepakan penalti kepada Kelantan NorSahrul berjaya menyempurnakan sepakan penalti tersebut menjadikan kedudukan 2-0 untuk separuh masa pertama.

Bersambung separuh masa kedua Kelantan melakukan pertukaran dengan mengeluarkan NorSharul yang cedera dan mengantikan dengan Nizab Ayub.Nizab Ayub berjaya meletakan nama sebagai penjaring gol Kelantan apabila menanduk masuk hantaran lintang Nurul menewaskan mohd Faizal untuk kali ketiga.Nizab Ayub sekali lagi menjaringkan gol hasil hantaran K.Soley yang disambut dengan rembatan deras untuk gol keempat Kelantan.

Danial Fadly sekali lagi menambah koleksi gol Kelantan apabila sepakan percumanya menerjah masuk kegawang Felda United untuk gol kelima Kelantan.

Pemain Piala Presiden Mohd Izuan yang diberi kepercayaan kali pertama beraksi dalam liga super musim ini berjaya menghasilkan gol keenam Kelantan dengan rembatan deras dari luar kotak penalti.

Penyokong-penyokong ternyata gembira dan seolah-olah tidak percaya Kelantan berjaya memperolehi enam gol pada malam ini dan lawan Kelantan bukanlah calang-calang pasukan iaitu Juara Liga Perdana 2010,Felda United.

Kesebelasan Utama : Khairul Fahmi, Rizal FAhmi, Daudsu, Zairul Fitri, Farisham, Danial Fadly,Shakir(Khairan Izuan), K.Soley, S.Chanturu, NorShahrul(Nizab Ayub),Nurul Azwan Roya,(Mohd izuan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular