KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 2 Mei 2011

Piya dah kembali?

Aksi Piya setelah menjaringkan gol untuk Kelantan musim lepas
Bagi mereka yang menyaksikan perlawanan Kelantan menentang Kuala Lumpur baru-baru ini pasti merasa sudah ada perubahan dari kapten pasukan,Badri Radzi yang dikecam hebat sebelum ini gara-gara persembahan buruk beliau.



Pada perlawanan tersebut penyerang utama Kelantan iaitu NorSahrul yang bergandingan dengan Ramzul dilihat buntu untuk mencari gol pertama Kelantan ekoran dikawal ketat oleh pertahanan Kuala lumpur.Tidak disangka-sangka muncul Piya yang membawa bola dari kawasan Kelantan lagi melepasi sekurang-kurangnya lima hingga enam pemain Kuala Lumpur dan terus menghasilkan gol semangat buat Kelantan.

Malam tersebut juga menyaksikan aksi bertenaga dari kapten pasukan TRW itu yang kerap berlari mendapatkan bola,bukan seperti sebelum ini yang dilihat agak 'malas' untuk menghambat bola.

Benarlah kata-kata sesetengah penyokong Kelantan,jika Piya bermain dengan baik hasilnya Kelantan akan beroleh kemenangan kerana beliau adalah perancang utama Kelantan sambil dibantu oleh Shakir.Bukanlah mengharapkan beliau seorang sahaja tetapi kebolehan serta kepakaran arkitek utama Kelantan ini adalah tunjang utama Kelantan musim ini.

Jika beliau dapat mengekalkan prestasi ini tidak mustahil Kelantan akan berjaya untuk membawa pulang Piala FA dan Piala Liga kebumi Kelantan musim ini setelah Piala Malaysia telah berjaya dibawa pulang TRWb musim lepas.

Teruskan perjuangan anda Piya...kekalkan prestasi serta komitmen kepada pasukan...Kejayaan menanti The Red Warriors!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular