KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 23 Mei 2011

Kijang Ikat Harimau Di Shah Alam.

RedsFC
RedsFCNews@gmail.com

Kelantan kempunan mengutip tiga mata penuh selepas dipaksa seri 2-2 Harimau Muda A di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Bermula garang, Kelantan dikejutkan dengan gol pembukaan tuan rumah pada minit ke-15 hasil jaringan Izzat Faris Ramlan selepas menerima hantara jauh penjaga gol, Mohd Izham Tarmizi.

Tidak menunggu lama, The Red Warriors melancarkan beberapa gerakan berbahaya dan berhasil menyamakan kedudukan melalui tandukan kencang S. CHanturu selepas menerima hantaran sepakan sudut Mohd Badri Radzi pada minit ke-31.

Bersambung babak kedua, Harimau Muda A menjaringkan gol kedua, sekali lagi melalui Izzat Faris Ramlan pada minit ke-69 selepas menerima hantaran baik dari fandi Othman sebelum meledak deras menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.


Ketika perlawanan hampir tamat, Norshahrul Idlan Talaha muncul wira Sang Kijang selepas melakukan aksi menggelecek baik sebelum melepaskan sepakan mengelirukan untuk gol penyamaan pada minit ke-86.

Selepas gol tersebut, Kelantan mengandakan asakan untuk mencari gol kemenangan namun pihak lawan pantas bertahan untuk mengikat kedudukan sehingga tamat perlawanan.

Lain-lain keputusan, Terengganu naik satu anak tangga ke kedudukan kedua ekoran kejayaan membenam Negeri Sembilan 3-0 selepas Selangor tewas mengejut 1-2 kepada Pahang di Kuantan.

Perak menang tipis 1-0 keatas Felda, Sabah kalah 1-3 kepada T-Team manakala Kedah seri 0-0 dengan Kuala Lumpur.

Perlis kekal di tangga tercorot selepas tumpas 1-2 kepada Johor FC di Pasir Gudang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular