KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 29 Mei 2011

Liga Super makin hangat

Aksi Liga Super 2011 semakin hangat apabila tiga pasukan iaitu Kelantan,Terrengganu dan Selangor bersaing rapat untuk merebut kejuaraan.

Kelantan yang baru merampas takhta liga dari Terengganu ekoran kemenangan tipis 1-0 keatas Pahang semalam menghadapi tugas getir apabila dijadualkan bertemu Terengganu.Pertembungan ini boleh diibaratkan pertembungan paling menarik kerana pemenang bakal menjuarai Liga.

Selangor juga masih berpeluang untuk mempertahankan kejuaraan yang mereka menangi tahun lepas andai keputusan Kelantan dan Terengganu berkesudahan dengan seri.

Menariknya ketiga-tiga pasukan akan berkongsi mata tetapi dipisahkan oleh jumlah jaringan.Tidak mustahil jika kejuaraan liga super nanti bakal ditentukan oleh perbezaan jumlah jaringan.

Jika Kelantan berhasrat untuk menjuarai Liga Super,baki tiga perlawanan lagi perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemain-pemain.Perlawanan dengan Terengganu dilihat paling sukar bagi kelantan kerana rekod perlawanan Kelantan di Kuala Terengganu tidak memihak Kelantan.

Pemain-pemain telah berjaya 'melunaskan' dendam ekoran kekalahan kepada pasukan Pahang dalam pusingan pertama liga super lalu.Kini tinggal tiga lagi pasukan yang belum pernah Kelantan kalahkan dalam saingan liga super musim ini iaitu Terengganu,Perak dan Sabah.

Persembahan pemain-pemain dilihat sudah menunjukkan peningkatan semalam walaupun NorShahrul gagal menjaringkan gol untuk Kelantan.NorShahrul dilihat sudah 'hilang taringnya' tetapi harus diingat kehadiran beliau senang sentiasa mengucar-kacirkan pertahanan lawan.

Paling menarik,K.Soley sudah 'hampir' menemui semula sentuhan berbisa beliau kerana kelemahan ketara Kelantan ialah dibahagian sayap kanan yang sebelum ini milik NorFarhan yang meninggalkan Kelantan untuk mewakili T.Team.

Kekuatan Kelantan dilihat akan seimbang kerana dibahagian kiri Kelantan sudah ada penyerang licik iaitu Nurul Azwan Roya.Jika kedua-dua bahagian tersebut boleh berfungsi dengan baik sudah pasti peluang penyerang-penyerang untuk menjaringkan gol adalah lebih mudah.

Paling penting adalah strategi dari jurulatih,semangat berpasukan serta komitmen penuh dari pemain-pemain.Tanpa ini semua,impian untuk bergelar juara tidak akan tercapai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular