KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 4 Mei 2011

Momentum Tepat Buru Kejuaraan.




The Red Warriors menunjukkan momentum tepat dalam pemburuan kejuaraan selepas mencatatkan pungutan mata maksimum 12 mata dalam pusingan kedua Liga Super 2011.

Empat kemenangan yang diraih keatas Perlis, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor FC bukan sahaja memberikan Kelantan pungutan mata terbanyak malah memintas kembali Selangor dan Terengganu dalam carta teratas liga.

Malah, kemenangan yang diraih juga menunjukkan tahap perubahan skuad Kelantan selepas tidak bolos selain menjaringkan purata dua jaringan dalam setiap perlawanan.

Jika sebelum ini, Kelantan jatuh ke tangga ketiga ekoran prestasi tidak menentu di pertengahan pusingan pertama, pemain bangkit untuk mengutip mata maksimum dalam perlawanan terakhir untuk terus maju kehadapan.

Para pemain dituntut meneruskan aksi hebat untuk mengekalkan tempat mereka di persada liga.

Walaupun menghadapi jadual padat, The Red Warriors perlu tampil lain dari yang lain dalam perlawanan selepas ini.

Justeru itu, sembilan perlawanan terakhir Liga Super selepas ini harus diakhiri dengan catitan cemerlanng dan permulaannya, tundukkan Kedah dilaman sendiri, Jumaat ini.

Mereka harus menutup mulut pengkritik bahawa Sang Kijang bukan sebuah pasukan yang hebat pada awal perlawanan namun tersungkur di penghujung saingan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular