KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 24 Mei 2011

President Warriors
Rampas Takhta Kumpulan.



President Warriors merampas takhta Liga Piala Presiden Kumpulan A selepas bangkit menumpaskan T-Team 3-2 di Padang C, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, sebentar tadi.

Sekalung pujian juga kepada Perak selepas mereka menumpaskan Sabah 2-1 di Ipoh untuk memberi peluang kepada Kelantan merampas takhta buat kali pertama.

Rentak kemenangan Kelantan bermula perlahan selepas T-Team terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke-7.

Akhir babak pertama, Kelantan berhasil menyamakan kedudukan melalui Mohd Khairul Izuan Rosli.


Perlawanan separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk mencari tambahan gol.


Selepas berhempas pulas, Aris Zaidi membuktikan sentuhan masih berbisa walaupun baru kembali dari kecederaan hasil jaringan pada minit ke-85.


Namun demikian, T-Team tidak mengalah untuk merapatkan jurang kepada 2-2 pada minit ke-89 sebelum Mohd Farhan Yaacob memusnahkan impian tuan rumah apabila jaringan pada masa kecederaan memberikan Kelantan kemenangan bermakna di tempat lawan.

Kejayaan tersebut juga mengesahkan tempat Kelantan ke saingan suku akhir Piala Presiden 2011 selepas gagal melakukan buat dua tahun berturut-turut.

Perlawanan seterusnya, President Warriors akan bertandang ke Ipoh menentang Perak pada 26 Mei sebelum sekali lagi melawan T-Team di Kota Bharu pada 30 Mei.

Kelantan akan menamatkan saingan Liga Piala Presiden dengan menentang Sekolah Sukan Bandar Penawar di Stadium Kejora Bandar Penawar pada 2 Jun 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular