KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 20 Mei 2011

TRW Rampas Takhta, Terengganu Kejar Rapat.



.

The Red Warriors kembali merampas takhta Liga Super selepas mudah menewaskan Felda United di Stadium Cheras, Kuala Lumpur, malam tadi.

Bermain dalam keadaan padang basah akibat hujan sejak dari petang, Felda United bertindak cemerlang untuk mengasak kubu pasukan Kelantan.

Hasilnya, mereka dikurniakan satu sepakan penalti pada minit ke-8 namun Azrul Ahmad mengecewakan tuan rumah dengan sepakan lemah mudah diselamatkan Khairul Fahmi Che Mat.

Memasuki pertengahan babak pertama, Kelantan akhirnya memecah kebuntuan selepas Mohd Badri Radzi pantas menanduk masuk hantaran lintang Daudsu Jamaludin seterusnya menceriakan hampir 10 000 penyokong setia mereka pada minit ke-34.

Bersambung babak kedua, Kelantan tidak menunggu lama untuk menambah jaringan, kali ini melalui jaringan sendiri pemain pertahanan Felda United, Rashid Mahmud tertampan masuk ke gawang sendiri bola hantaran lintang Nurul Azwan Roya pada minit ke-48.

Felda hampir merapatkan jurang jaringan namun gol jaringan Nizarudin Yusof dibatalkan pengadil selepas didakwa berada dalam kedudukan offside.

Usaha mereka mencari jaringan berhasil pada minit ke-84 selepas Hasmarul Fadzir melonjak tinggi menanduk sepakan percuma menewaskan sama sekali Khairul Fahmi Che Mat.

Gol tersebut menyemarakkan semangat pemain Felda United untuk merapatkan jurang.

Namun, Norsharul Idlan Talaha menamatkan sisa perjuang Budak Felda selepas mudah menyepak masuk sepakan penalti pada minit akhir perlawanan untuk memberikan Sang Kijang tiga mata penuh seterusnya merampas kembali puncak Liga Super.

Keputusan lain, Selangor tumpas 1-2 kepada T-Team di Kuala Terengganu, Perak terikat 1-1 dengan Sabah manakala Kuala Lumpur menewaskan Pahang 2-0 di Stadium Darul Makmur.

Terengganu pula mencatatkan kemenangan 2-1 keatas Harimau Muda serta Negeri Sembilan pula kental bertahan untuk membenam cabaran Johor FC 2-1 di Seremban

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular