KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 22 Mei 2011

Farhan Bakal Kembali Bersama Kelantan?


Norfarhan Muhammad antara penyerang berbisa yang pernah dimiliki
Kelantan sebelum ini serta merupakan penjaring sulung gol pada Final Piala FA 2009.

Setelah pelbagai masalah yang timbul dalam pasukan bolasepak berstatus kelab, Terengganu T-Team kini dikhabarkan bakal dibubarkan.. Mungkin prestasi hambar mereka pada saingan Liga Super musim ini mula mendatangkan rasa kurang puas hati peminat dan pihak pengurusan kelab itu sendiri.

Tidak cukup dengan itu, khabar angin terus bertiup kencang sehingga terbias di negeri Kelantan. Kononnya bekas penyerang Kelantan musim lalu, NorFarhan Muhammad bakal kembali ke pangkuan The Red Warriors musim depan.


Kini NorFarhan sebahagian daripada kekuatan T-Team.

Spekulasi mengenai pemain yang pernah menjarung jersi nombor 10 The Red Warriors itu ternyata kurang disenangi oleh para penyokong The Red Warriors.. Namun ada yang bersependapat bahawa pihak pengurusan perlu memberi peluang kepada NorFarhan Muhammad untuk kembali ke Kelantan seperti penyertaan semula Khalid Jamlus bersama pasukan Kelantan.


NorFarhan juga menjadi wira Kelantan apabila meledak
hatrik pada perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2009.

Apa-apa pun, kelibat NorFarhan Muhammad bakal dinanti-nantikan oleh ribuan penyokong setia The Red Warriors pada pertemuan antara T-Team dengan Kelantan di Kota Bharu pada 21 Jun ini. Selain Farhan, beliau juga turut ditemani bekas kapten Kelantan, Indra Putra Mahyuddin dan Azizi Mat Rose.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular