KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 14 Mei 2011

Zairul, Farisham Terlepas Aksi Kedua.




The Red Warriors menerima khabar kurang enak selepas dua pemain pertahanan tetap mereka digantung satu perlawanan.

Zairul Fitree Ishak dan Mohd Farisham Ismail digantung setelah mengumpul dua kad kuning.

Pengantungan ini menyebabkan dua pemain berkenaan terpaksa melupakan aksi timbal balik separuh akhir Piala FA di Kota Bharu, Isnin depan.

Dalam perlawanan di Stadium Shah Alam, Zairul dan Farisham telah dilayangkan satu kad kuning oleh pengadil perlawanan selepas bertindak kasar keatas pemain Selangor.

Satu kelegaan buat kem Kijang ketika ini ialah Mohd Rizal Fahmi Rosid sudah bersiap sedia untuk diturunkan manakala Aziz Ismail dan Wan Rohaimi juga cergas untuk perlawanan itu.

SUMBER:REDSFC NEWS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular