KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 16 Mei 2011

1 Penyokong 1 Bendera.



Melihat kepada perkembangan sukan bola sepak Negara hari ini, sambutan penyokong kepada pasukan yang bertanding dalam saingan liga Malaysia 2011 semakin meningkat malah di sesetengah venue perlawanan, penyokong kedua-dua pasukan akan bertembung sesama mereka untuk sama-sama menyaksikan permainan pasukan sokongan masing-masing.

Jumlah kehadiran penyokong yang sentiasa meningkat menunjukkan bahawa Liga Malaysia selepas kejayaan skuad Kebangsaan di Piala AFF serta Kelayakan Olimpik masih lagi mampu menarik sejumlah kaki bola untuk berkumpul memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan kegemaran mereka.

Dapat diperhatikan dari statistik yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pasukan negeri dan kelab seperti Kelantan, Selangor, Kedah, Perak dan Johor FC mempunyai kehadiran paling ramai penyokong bertandang ke stadium.

Satu kebanggaan kepada pasukan yang bertanding apabila penyokong tetap tidak jemu hadir malah sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan walaupun berada dalam situasi sukar pada saingan liga.

Begitu juga dengan pasukan Kelantan dimana mereka mempunyai kelompok penyokong setia yang sentiasa mengikuti perkembangan pasukan didalam dan luar negeri.
Kelompok bergelar Tentera Merah, satu gelaran yang menjadi kebanggaan penyokong The Red Warriors untuk sentiasa bersama pasukan diwaktu senang dan sukar.

Diperhatikan dalam setiap perlawanan membabitkan Sang Kijang, penyokong setia mereka akan hadir dan membuktikan kepada pihak luar mereka sanggup kemana sahaja jika melibatkan pasukan kesayangan.

Malah di venue seperti Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Terengganu dan Perlis, paling sedikit kehadiran Tentera Merah ialah seramai 500 orang.
Penyokong Kelantan turut memperkenalkan beberapa slogan untuk menaikkan semangat pemain diatas padang. Slogan satu penyokong satu bendera yang diperkenalkan telah diterima baik para peminat dan ketika ini jika dilihat di mana-mana perlawanan membabitkan Kelantan, bendera kebanggaan akan tetap berkibar.

Perlu ditekankan disini ialah, penyokong Kelantan sentiasa bersatu hati memberikan sokongan kepada pasukan negeri dan pengurusan skuad serta pemain sendiri mengakui, penyokong Kelantan merupakan pemain kedua belas didalam padang.
Kehadiran penyokong yang ramai nyata memberikan satu semangat kepada para pemain untuk berjuang habis-habisan membenam lawan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular