KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 2 Mei 2011

Prebiu Perlawanan Liga Super
Lebah Mahu Menyengat, Kijang Tak Rela Cicir Mata.

m

Kejayaan naik selaku pendahulu Liga Super 2011, Kelantan hadir ke Stadium J'Corp, Pasir Gudang dengan azam tinggi untuk meneruskan penguasaan di tangga teratas.

Pertemuan menentang Johor FC bukan dianggap satu cabaran getir jika rekod pertemuan sepanjang 2011 diambil kira. Berdasarkan catatan yang dilakukan anak buah Datuk M. Karathu, Kelantan menang bergaya di Kota Bharu dalam saingan Liga Super dengan keputusan 4-1 manakala perlawanan Piala FA pusingan kedua, Sang Kijang menang 1-0 di Pasir Gudang.

Meskipun begitu, kedudukan Johor FC di tempat-tempat terbawah liga paling utama domestik tidak menjanjikan saingan mudah buat semua perwira The Red Warriors.

Permain Kelantan dituntut untuk memberikan aksi terbaik dan melupakan pelbagai masalah luar padang seandainya mahu terus kekal berkuasa ketika pasukan saingan dibawah seperti Selangor dan Terengganu dilihat tidak bermasalah untuk menewaskan lawan masing-masing, esok.

Tuan rumah, Johor FC sudah tentu mahukan tiga mata sekali lagi selepas membenam Sabah 3-0 beberapa hari lalu. Kedudukan mereka pasti ingin diperbaiki dan kejayaan menewaskan Kelantan menjadi pemangkin untuk kekal dalam saingan Liga Super, musim hadapan.

Biarpun masih gagal mengumpul kesebelasan utama terbaik dan berada di tempat ke-8 saingan liga, ketua jurulatih Johor FC, Azuan Zain tidak rela keciciran mata sekali lagi dikala pasukan terbawah lain turut memberi tekanan untuk mengelakkan berada dalam zon penyingkiran.

Johor FC dilihat masih belum mampu menurunkan pemain-pemain yang berdaya saing dalam setiap aksi Liga Super setakat ini tetapi dengan kelebihan beraksi selaku tuan rumah, Sang Lebah tentu mahu lebih menyengat dan membalas dua kekalahan kepada Sang Kijang.

Berikut adalah kupasan RedsFC-News tentang corak formasi taktikal dan juga bakal kesebelasan utama kedua-dua pasukan yang bertanding.

Taktikal dan Formasi.

Johor FC

Andai keputusan perlawanan menentang Sabah diambil kira, Azuan Zain dijangka tidak merubah corak taktikal untuk melawan Kelantan dengan mencorakkan taktikal 4-4-2. Taktik dan formasi ini akan digunakan dengan harapan mampu memerangkap pasukan pelawat dari pulang dengan kemenangan.

Kelantan

Bagi Datuk M. Karathu, kejayaan dua perlawanan sebelum ini sudah menunjukkan bahawa corak 4-4-2 sememangnya menjadi taktikal paling berkesan untuk mencari jaringan gol. Perubahan kepada 4-5-1 nyata tidak membantu pemain Red Warriors mengancam lawan. Pertemuan dengan Johor FC perlu diakhiri dengan kejayaan dan corak taktikal seperti biasa harus digunakan bagi mengelakkan dari tercicir sebarang mata.

Barisan Jangkaan Perlawanan.

Johor FC

Untuk perlawanan ini, kemungkinan besar posisi nombor satu untuk mengawal pintu gol dari bolos akan diberikan kepada Mohd Anis Faron yang dikatakan memberi persembahan cemerlang ketika menafikan jentera serangan Sabah untuk membolosi gawang mereka. Anis turut diberikan peranan besar jika melawan skuad yang berada diatas mereka dengan posisi penjaga gol simpanan menjadi milik Mohd Fazli Paat. Suhardy Alby kemungkinan tidak tersenarai dalam kesebelasan 18 pemain untuk perlawanan Kelantan.

Jentera pertahanan dijangka terus kekal menjadi milik pemain pertahanan berpengalaman, Mohd Rahman Zabul untuk mengawal posisi ini bagi mengelakkan dari dibolosi penyerang Kelantan. Rahman Zabul pasti menggunakan pelbagai pengetahuan untuk mengawal corak serangan Kelantan bersama dengan Radzi Jasman, Hamzani Omar dan Mat Saiful Mohamad. Johor FC juga mungkin menggunakan Mohd Khairi Kiman jika ada para pemain pertahanan mereka mengalami kecederaan selain banyak pilihan lain untuk diturunkan di posisi ini.

Bahagian tengah Johor FC sudah membuktikan dalam perlawanan terdahulu mampu menghasilkan gol jika diberi ruang terlalu bebas. Rezal Zambery Yahya selaku ketua pasukan akan mengetuai jentera tengah tuan rumah untuk membantu membolosi gawang Sang Kijang. Bersama dengan penjaring tiga gol setakat ini, Ridwan Maon, Johor FC turut mengharapkan Eddy Helmi Manan dan Azizan Baba mampu beraksi cemerlang. Pemain skuad simpanan mereka, Fandi Ahmad juga kemungkinan turun beraksi dalam perlawanan ini selepas dinaikkan pangkat selaku pemain dalam skuad senior selain Khairul Ismail dan Syafuan Reduwan.

Pengempur utama pula, Shahrizal Saad akan diturunkan selaku penyerang utama. Kehebatan pemain ini sudah diakui dan Shahrizal turut telah disenarai dalam skuad kebangsaan. Dia mampu beraksi cemerlang jika tidak dikawal malah mampu memberikan sentuhan berbisa bila mendapat ruang. Dijangka akan beraksi berseorangan di bahagian serangan jika Azuan Zain menaikkan seorang pemain tengah untuk menjadi pembantu. Wan Mohd Hoesne dijangka memulakan aksi di bangku simpanan manakala Rasyid Aya juga berkesempatan masuk dalam kesebelasan utama.

Kelantan

Posisi penjaga gol Kelantan terus diberikan kepada Khairul Fahmi Che Mat walaupun pemain ini mengadu sedikit letih ekoran kerap diturunkan dalam perlawanan sejak akhir-akhir ini. Karathu pasti tidak membuat percaturan menurunkan Shahrizan Ismail setelah pemain ini tidak beraksi sejak perlawanan terakhir Piala FA tempoh hari, juga ketika melawan Johor FC.

Pemain pertahanan pula dijangka Farisham Ismail akan membuat kemunculan selaku pemain utama selepas direhatkan seketika ketika melawan Kuala Lumpur di Kota Bharu. S. Subramaniam akan beraksi bersama Farisham di posisi pertahanan tengah manakala Daudsu Jamaludin dan Zairul Fitree Ishak akan bersama mengawal benteng di bahagian kiri dan kanan. Wan Rohaimi dan Aziz Ismail pasti terus memanaskan bangku simpanan manakala Rizal Fahmi akan tersisih setelah mengalami kecederaan.

Jentera tengah, Mohd Badri Radzi kemungkinan akan beraksi dengan lilitan ketua pasukan menjadi milik pemain yang telah menjaringkan tujuh gol setakat ini. Persembahan baik ketika menentang Kuala Lumpur diharap berterusan kerana sebarang kesilapan bakal mengundang padah dikeluarkan untuk diganti dengan Danial Fadly. Shakir Shaari terus memegang peranan selaku pemain tengah bertahan, Nurul Azwan Roya kembali ke Pasir Gudang selaku pemain sayap kiri Kijang, manakala Chanturu akan menyertai rakan-rakan dalam kesebelasan utama di posisi sayap kanan. Solehin Kanasian masih lagi cedera manakala Izuan Salahudin bakal masuk dari barisan simpanan menyertai Khairan Ezuan dan Khairan Eroza.

Tugas menjaringkan gol diberikan kepada penyerang prolifik, Norshahrul Idlan Talaha yang telah meledak sebanyak 12 gol dengan Nidzad Ayub dijangka bermula di posisi pertama selepas Ramzul Zahini dilihat masih gagal mencari sentuhan seperti mana sebelum mengalami kecederaan. Khalid Jamlus turut dibawa ke Johor FC, kemungkinan masuk selaku pemain simpanan.

AUMBER REDSFC NEWS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular