KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 6 Mei 2011

KAFA Kuatkuasa Peraturan Baru.



Mesyurat penyelarasan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memutuskan untuk menguatkuasa beberapa peraturan baru di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu pada setiap perlawanan melibatkan The Red Warriors.

Menurut Tan Sri Annuar Musa dalam Laman Sosial Facebook, KAFA mengambil ketetapan untuk memperkenalkan peraturan baru selepas berlaku banyak masalah tidak diduga sepanjang saingan Liga Malaysia 2011.

Dengan penguatkuasaan peraturan baru ini, KAFA memberi lebih kuasa kepada pihak bertugas untuk mengambil tindakan kepada para penyokong yang melakukan kekacauan termasuklah mengeluarkan mereka dari kawasan stadium.

Pihak bertugas tidak beruniform juga akan diletakkan di tempat duduk terbuka untuk memantau dan mengambil tindakan terus kepada penyokong yang membuat onar.

Selain itu, mesyuarat yang berlangsung kelmarin juga membuat keputusan untuk menghadkan tempat duduk terbuka dengan mencetak tiket berdasarkan nombor pintu selain setiap kanak-kanak tidak dibenarkan masuk seandainya tidak membeli tiket.

Penyokong yang hadir ke stadium juga dinasihatkan mengambil keratan tiket di pintu masuk dan pihak yang menjaga pintu wajib untuk memberi keratan tersebut kepada para penyokong.

Sebelum ini, Stadium Sultan Muhamad ke-IV dilihat seringkali mengalami limpahan penyokong walaupun KAFA hanya mengeluarkan tidak lebih 20 000 keping tiket setiap perlawanan.

Ini menimbulkan tandatanya dan rungutan kepada penyokong yang masuk secara sah bagi menyaksikan perlawanan melibatkan Kelantan di stadium keramat mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular