KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 6 Mei 2011

Beri Norshahrul masa: Karathu

‘Saya akan berbincang untuk kenal pasti punca dia kemarau gol’

KELIBAT penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha yang kebuntuan jaringan dalam aksi Liga Super sejak kebelakangan ini tidak mengundang rasa cemas buat jurulatih Datuk M Karathu.



Pembimbing skuad Red Warriors itu yang ditemui selepas aksi Johor FC-Kelantan kelmarin, menegaskan dia akan berbincang dengan penyerang kebangsaan itu bagi mengenalpasti punca kemarau Norshahrul sejak beberapa perlawanan lalu.

“Tidak timbul sebarang masalah jika Norshahrul masih buntu menjaringkan gol namun saya perlu berbincang dengannya bagi memastikan punca sebenar dan cari jalan terbaik untuk meningkatkan corak permainan penyerang ini.

“Ketika Norshahrul bersama skuad kebangsaan, pemain itu sering diletak selaku penyerang sokongan kepada Safee Sali dan semestinya dia perlukan masa untuk mencari kesesuaian apabila beraksi sebagai penyerang utama untuk Kelantan,” kata Karathu.

Mengulas kemenangan tipis 1-0 ke atas Johor FC, Karathu mengakui persembahan kesebelasan utamanya agak longgar terutama pada babak kedua apabila dipaksa bekerja keras mengekang asakan tuan rumah.

Menurutnya, faktor keletihan serta jadual perlawanan yang padat menyebabkan pemainnya gagal beraksi pada tahap memuaskan, malah terpaksa membuat pertukaran pada babak kedua bagi mengimbangi corak serangan Johor FC.

“Walaupun sekadar menang tipis 1-0, ia cukup bermakna untuk kekal di tangga teratas liga,” kata Karathu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular