KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 30 Mei 2010

Tentera Merah Serbu Batu Kawan.

Merah menyala Baju Sang Penyokong Melanda Stadium Batu Kawan.

RedsFC
Redskelate@yahoo.com.my


Masih lagi berkeyakinan dengan kekuatan pasukan, ribuan penyokong Red Warriors bertumpu di Stadium Batu Kawan untuk menyaksikan sendiri perlawanan Liga Super melawan Pulau Pinang.

Dari Kota Bharu hampir 30 buah kereta dan dua buah bas akan bertolak kesana seawal jam 8 pagi manakala di Kuala Lumpur puluhan kereta akan bertandang disamping beberapa buah bas yang disediakan kelab peminat bola sepak Kelantan di Ibu Kota.

Selain itu, ratusan penyokong yang berada di sekitar tiga buah negeri di utara turut akan hadir memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan Kelantan.

Kehadiran penyokong Kelantan ke venue perlawanan memberikan gambaran awal bahawa Stadium lawan akan bergema sekali lagi dengan sorakan 'Gomo Kelate Gomo'.

Jika dahulu, arena Harimau Kumbang kurang mendapat sambutan dari Tentera Merah namun kali ini ia menjadi tempat berkumpul peminat setia dari serata negeri untuk bersama pasukan mengharungi 90 minit masa yang diperuntukkan.

Menurut Kelab Penyokong Rasmi Bola Sepak Kelantan (KPBSK), kehadiran penyokong Sang Kijang ke Utara tanahair disifatkan mampu memberikan semangat tambahan kepada anak didik B.Sathianathan sementelah pula perlawanan sebelum ini hanya beberapa kerat sahaja yang hadir memberikan sokongan.

Walaupun menentang pasukan yang berada di kelompok tercorot, semangat penyokong Kelantan untuk hadir tidak pudar malah semakin bertambah.

Cuma dinasihatkan penyokong Kelantan yang hadir bertandang dengan niat untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan bukan untuk mencetuskan pergaduhan seperti perlawanan musim lalu.

Sokongan yang diberikan biarlah mampu memberikan rasa seriau kepada pemain tuan rumah agar terkaku tidak mampu berbuat apa-apa walau beraksi di gelanggang dan dihadapan penyokong sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular