KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 5 Mei 2010

Kelantan Dipaksa Kerja Keras emel

Ketiadaan Daudsu yang digantung perlawanan jelas menampakkan kekurangan di bahagian pertahanan. Kita turut akur dengan prestasi hambar Indra Putra yang mungkin terlalu risau dengan kesihatan anaknya yang masih belum pulih. Melalui analisis peminat Fanatik The Red Warriors Muhammad Hafiz, kebanyakan pemain pertahanan bermain dalam keadaan kucar-kacir seolah-olah hilang keserasian. Strategi taktikal bertahan yang dipamerkan setelah membawa masuk Wan Zaman menjadikan barisan penyerang lesu dan hilang tumpuan gol. Pujian patut dihamburkan kepada Mohd Badhri, Indra Putra, Norshahrul Idlan, Akmal, Hairuddin dan Azizi kerana bertungkus lumus dalam memastikan Kelantan melonjak ke tangga kedua pada malam tadi. Pujian juga turut diberi kepada skuad Pahang dan Jurulatih Dollah Salleh yang kelihatan tenang dalam mengharungi pertarungan ini walaupun ada sedikit kekasaran terhadap Hairuddin dan Indra Putra dalam kotak penalti yang tidak dilayan oleh pengadil.

Melihat aksi dan prestasi Kelantan pada malam tadi, B Sathianathan dan pemain perlu berkerja keras bagi memastikan Kelantan terus menyinar di permulaan pusingan kedua dan mengekori rapat Selangor selaku pencabar yang masih konsisten selain mengharap keajaiban daripada Johor FC untuk merencatkan kutipan mata Selangor pada sabtu nanti. Persiapan para penyokong untuk memeriahkan perlawanan Kelantan di Kuantan pada sabtu ini telah mula dirasai dengan tempahan tiket bas dan penyertaan konvoi beramai-ramai yang memberansangkan.

Situasi di bilik media juga berlaku kekalutan kerana penyambung soket elektrik yang digunakan konti TRW Radio tidak berfungsi dan seterusnya seperti dijangka web ini mengalami limpahan pelayar web diluar jangkaan yang pada kebiasaannya dapat dielak melalui penggunaan pautan media lain seperti "Live Streaming" dan terbaru radio. Impian krew TRW Radio beroperasi untuk kali pertama dalam siri percubaan hampa kerana masalah ini dan ribuan penghargaan diatas segala usaha mereka.

Kami memohon maaf kepada semua pengunjung web TRWC dan pendengar TRW Radio diatas masalah yang dihadapi, kami akan terus berusaha untuk mempertingkatkan kualiti operasi kami. Kami juga mengalu-alukan penajaan melalui iklan atau melalui sumbangan ikhlas kepada operasi kami yang masih memerlukan kos operasi "server" dan peralatan yang berkualiti dalam memastikan kami dapat memberikan persembahan yang terbaik kepada semua penyokong The Red Warriors seluruh dunia. Antara peralatan yang masih diperlukan dalam bentuk sumbangan barangan atau sumbangan ikhlas kos operasi "Server", "Server" berkapasiti tinggi, kamera video, Lensa kamera DSLR dan lain-lain yang dirasakan sesuai. Setiap penyumbang akan dipaparkan iklan sebagai penaja utama sekiranya dipersetujui oleh penyumbang. Untuk pengetahuan semua tenaga kerja ini terdiri dari golongan remaja yang sentiasa setia komited bersama skuad The Red Warriors dan berusaha menjadikan peluang yang diberikan KAFA ini sebagai membuka peluang pekerjaan kepada semua warga Kelantan pada 1 masa nanti serta menjadikan media ini antara media yang berdaya maju di Malaysia. Sebarang pertanyaan sila emailkan kepada info@theredwarriors.com Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Main Bijak, Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular