KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 26 Mei 2010

Kedah vs Kelantan: Sama Kuat Sama Hebat emel

Penelitian kepada perlawanan ini posisi serangan balas berada dalam posisi prestasi yang seimbang dengan banyak cubaan cemas dapat dihasilkan sungguhpun dilihat ketumpulan penyudah dari kedua-dua pasukan. Perangkap "Offsaid" yang dibuat oleh barisan pertahanan Kelantan telah banyak berjaya menyelamatkan percubaan gol pemain Kedah.

Pertukaran 3 pemain utama Norshahrul, Indra dan Norfarhan yang digantikan dengan Akmal Rizal, Hairuddin dan Zairul Fitree ternyata tidak dapat membantu Kelantan untuk mendapatkan gol. Kecemerlangan aksi Daudsu pada malam ini patut diberikan pujian biarpun beliau tidak akan dapat diturunkan bagi perlawanan akan datang kerana telah dihadiahkan kad kuning kedua tadi. Jentera serangan Kedah juga terpaksa akur kerana banyak percubaan mereka dikecewakan dengan kehebatan dan ketangkasan penjaga gawang Kelantan Khairul Fahmi.

Jumlah penyokong Kelantan yang kurang juga mungkin antara faktor utama kelesuan rembatan tepat ke dalam gol pemain Kelantan. Kehadiran pemain ke 12 ini juga amat sedikit yang dianggarkan hanya sekitar 500 orang sahaja, mungkin kerana jadual ini bertindih dengan hari berkerja dan telah memberi kesukaran kepada semua penyokong berbaju merah berkonvoi merancang perjalanan dan menyerang stadium Darul Aman.

Kami menyeru kepada penyokong supaya terus setia menyokong pasukan The Red Warriors kerana ada segelintir penyokong kembali bising dengan isu jurulatih dan pemain. Sikap segelintir penyokong ini tidak sepatutnya ada dikala prestasi Kelantan masih konsisten, digeruni lawan dan paling penting masih lagi mempunyai baki 8 perlawanan yang sudah pasti peristiwa kekecewaan penyokong Manchester United yang gagal merangkul kejuaraan liga pada 5 perlawanan terakhir liga Inggeris musim 2010 kepada Chelsea baru-baru ini tidak mustahil berulang di TM liga super 2010.

Terima kasih kepada unit media theredwarriors.com dan theredwarriors FM kerana berjaya menyampaikan informasi perlawanan dengan baik walaupun mengalami limpahan trafik pengunjung yang melebihi seribu pengunjung dari seluruh pelusuk dunia. Kami mewakili unit media memohon maaf sekiranya berlaku kelemahan dan kekurangan dalam menyampaikan informasi kepada peminat semua. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kerana terus memberi sokongan kepada kami, dengan sokongan anda inilah telah memberikan semangat kepada kami untuk terus meningkatkan kualiti dan pencapaian sumber informasi kami. Kami berharap anda semua terus memberi sokongan dan membantu kami mempromosikan kemudahan dan sumber informasi yang kami salurkan ini kepada rakan taulan, saudara mara, keluarga dan semuanya. Sehingga kini portal ini masih lagi mengekalkan pencapaian sebagai portal bolasepak dan media sukan no 1 di Malaysia, kejayaan bersama ini adalah atas usaha dan sokongan peminat The Red Warriors.

Teruskan tekad, teruskan semangat anda bersama pemain The Red Warriors memburu kejuaraan pada tahun ini.

Sokong bia bijok , napok bijok , betindok bijok , main bijok , bijok sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular