KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 14 Mei 2010

Sathianathan dalam dilema

Pilih Khairul atau Syed Adney kawal gawang Kelantan jumpa Terengganu

DENGAN Khairul Fahmi Che Mat semakin kembali pulih, pengendali, B Sathianathan kini berdepan dilema memilih penjaga gol untuk mengawal kubu Kelantan menjelang pertarungan tetangga menentang Terengganu di Stadium Sultan Mohd IV, Sabtu ini.
Dalam ketiadaan, Khairul Fahmi yang pernah beraksi buat pasukan belia kebangsaan, Syed Adney Syed Hussein mengisi tempatnya dan hanya melepaskan satu gol dalam kemenangan besar 4-1 ke atas Johor di Larkin kelmarin.
“Khairul Fahmi sedang pulih daripada kecederaan dan Syed Adney (Syed Hussein) menggantikan tempatnya.

“Ia adalah persaingan antara mereka berdua bagi menentukan siapa yang akan dipilih bagi perlawanan menentang Terengganu (Sabtu ini),” katanya.

Meski pun Terengganu dilihat semakin keciciran dalam perebutan liga, Sathia menjangkakan pertemuan dua jiran Pantai Timur ini tetap sengit dengan The Red Warriors akan menyambut kepulangan pemain tengah, S Subramaniam.

“Subramaniam tidak dapat bermain semalam (kelmarin) tetapi dijangkakan akan kembali pulih bagi perlawanan menentang Terengganu. Zairul Fitri adalah pemain tunggal yang tidak dapat beraksi bagi perlawanan ini akibat kecederaan,” katanya.
Selepas keciciran mata minggu lalu kepada Pahang, Kelantan kembali mendapat rentak kemenangan dengan lebih menggembirakan Sathia adalah keupayaan bahagian tengahnya untuk menyumbangkan jaringan dan tidak mengharapkan kepada jentera serangan.

Badhri Radzi yang meletakkan nama Piya di jersinya meledakkan dua gol menerusi sepakan percuma dengan penalti Indra Putra Mahayuddin dan gol sendiri Radzi Jasman selepas tertampan hantaran Norshahrul Idlan Talaha melengkapkan kemenangan besar itu.

“Diharapkan pemain dapat meneruskan prestasi ini bagi perlawanan akan datang. Pemain lain sudah membuktikan bahawa mereka turut mampu menggalas tanggungjawab untuk menjaringkan gol dan tidak mengharapkan bahagian serangan saja,” kata Sathia yang menyaksikan barisan bimbingannya bangkit daripada ketinggalan 3-1 untuk seri 3-3 dengan Pahang, Sabtu lalu.
Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can do today to go green!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular