KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 17 Mei 2010

KAFA tidak setuju judi Piala Dunia

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyatakan pendirian tidak bersetuju cadangan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 pada Jun depan.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan sepatutnya bertegas mengharamkan sebarang bentuk perju- dian dalam bola sepak seperti tindakan mengharamkan iklan rokok.

Malah menurutnya, kerajaan sebelum ini mengharamkan syarikat rokok menaja pasukan dalam Liga Malaysia.

Katanya, cadangan tersebut menunjukkan kerajaan tidak konsisten membante- ras kegiatan yang boleh menimbulkan ma- salah sosial di kalangan masyarakat.

"Sebarang bentuk perjudian bertenta- ngan dengan ajaran Islam, malah agama- agama lain juga tidak menggalakkan judi," katanya pada sidang akhbar di Kota Bharu semalam.

Kerajaan sebelum ini dilaporkan mempertimbangkan kemungkinan mengelu- arkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 awal bulan depan bagi mengelak aktiviti perjudian dan pertaruhan haram berleluasa di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin ketika meng- umumkan perkara itu berkata, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

Malah Annuar berkata, kegiatan bookie bola sepak di negara ini juga akan berleluasa dan dibimbangi kegiatan itu selepas ini merebak pula dalam Liga Malaysia.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, mesyuarat khas KAFA kelmarin juga sebulat suara menyokong penuh terhadap hasrat Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah untuk terus menerajui persatuan tersebut bagi penggal 2010-2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular