KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 17 Mei 2010

Kelantan berhak menang: Sathia

KOTA BHARU – Tiada ungkapan yang mampu diluahkan pengendali Kelantan, B Sathianathan selain daripada perasaan gembira rentetan kemenangan 3-0 ke atas musuh tradisi, Terengganu pada perlawanan Liga Super malam semalam.

B Sathianathan berkata, persembahan pasukan Kelantan pada awal permainan agak kurang memberangsangkan, tetapi kebangkitan anak buah menghasilkan tiga gol dalam tempoh sepuluh minit membunuh semangat juang pasukan lawan.

“Ramai peminat menjangkakan perlawanan menentang musuh tradisi itu cukup sengit, mungkin itu sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pemain saya untuk mencipta kemenangan.

“Apabila kita memperoleh gol pertama, barulah pemain kita berupaya menyerap tekanan dan mampu menguasai perlawanan,“ katanya sewaktu dihubungi :Sinar Harian :semalam.

Sathianathan berkata, Kelantan mempunyai banyak peluang pada separuh masa kedua untuk menambahkan koleksi jari-ngan.

“Berbanding separuh masa pertama, kita sebenarnya mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol walaupun pasukan pelawat dilihat sentiasa melancarkan serangan ke kubu.

“Aksi separuh masa kedua menampakkan peningkatan walaupun kita tidak berupaya menambahkan jaringan.

“Anda dapat lihat kita sebenarnya mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol,” katanya.

Sathianathan turut menegaskan, mungkin faktor kepenatan akibat mengharungi tiga perlawanan dalam tempoh sepuluh hari menjadi punca me-ngapa aksi pemain Kelantan sedikit sumbang pada perlawanan itu.

“Apa yang penting, kita berhak menang pada perlawanan ini dan terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Selangor,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular