KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 7 Mei 2010

Petanda kebangkitan


NOR FARHAN MUHAMMAD (kanan) antara pemain yang membantu Kelantan mencipta kebangkitan sejak akhir-akhir ini.


BAGAIKAN harimau yang bangkit dari tidur.

Itulah yang berlaku pada skuad Kelantan yang dibimbing oleh bekas pengendali kebangsaan, B. Sathianathan.

Kejayaan Kelantan mengekalkan rentak kemenangan dalam empat perlawanan sebelum ini mengundang pelbagai reaksi di kalangan peminat setianya.

Presiden Kelab Siber Penyokong Bola Sepak Kelantan (kelate.net) Marhasim Mat berkata, kejayaan ini dilihat sebagai petanda kebangkitan semula pasukan yang mendapat jolokan Wira Merah ini.

Pada awal kempen musim ini, Kelantan bermula agak hambar.

Begitupun katanya, kejayaan ini telah mengembalikan semula kepercayaan peminat yang sebelum ini tidak yakin dengan kemampuan Kelantan.

"Saya ucapkan tahniah kepada jurulatih dan semua pemain yang telah membuktikan kemampuan sebenar.

"Kita harap para pemain dapat kekalkan prestasi dan fokus dalam setiap perlawanan," katanya

Tambahnya, inilah masa terbaik Kelantan untuk terus memberikan tekanan buat pendahulu Liga Super Selangor yang hanya dipisahkan dengan empat mata sahaja.

Jelasnya, berdasarkan prestasi semasa, tidak mustahil misi untuk membawa pulang Liga Super buat kali pertama ke Kelantan bakal tercapai.

"Sokongan padu penyokong sememangnya diperlukan oleh pasukan, tetapi biarlah sokongan berhemah bukannya sokongan yang boleh membawa rebah pada pasukan," tegasnya.

Katanya, kelate.net akan mengadakan rombongan ke Stadium Darul Makmur esok untuk memberikan sokongan padu buat kesayangan mereka.

"Kita jangkakan lima buah bas akan membawa penyokong Kelantan dari Lembah Klang ke Darul Makmur dan mereka yang berminat boleh menghubungi saya di talian 019-2285521 atau 012-2964811."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular