KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 25 Mei 2010

Sathia mahu pemain lebih berdisiplin hadapi Kedah



“JIKA kami mahu menewaskan Kedah, pemain perlu lebih berdisiplin dalam permainan,” kata jurulatih, B Sathianathan mengulas pertembungan dengan finalis Piala FA di Stadium Darulaman, malam ini.

Itu ingatan jurulatih The Red Warriors itu selepas mengerti rekod bukan milik barisan bimbingan selepas dua kali kecundang kepada lawan - tewas 0-1 dalam pusingan pertama di gelanggang sendiri dan ditunjukkan jalan keluar oleh lawan dalam saingan Piala FA.
“Perlawanan malam esok (malam ini) sukar buat kami kerana lawan bukan calang-calang pasukan. Saya menyifatkan mereka adalah pasukan bintang dan bukan kami kerana mereka mempunyai ramai pemain yang beraksi bersama pasukan kebangsaan.
“Jadi, pemain perlu lebih berdisiplin sekiranya mahu mencatat kemenangan sekali gus menebus dua kekalahan kepada lawan itu sebelum ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ditanya rumusan ramai bahawa perlawanan malam ini akan menjadi penentu sejauh mana keupayaan Kelantan untuk bersaing merebut kejuaraan Liga Super dengan pendahulu, Selangor, bekas jurulatih kebangsaan itu bagaimanapun mempunyai pendapat sebaliknya.

“Saya tidak memikirkan mengenai soal itu kerana selepas perlawanan ini (menentang Kedah), kami mempunyai baki lapan perlawanan lagi. Jadi, apa saja boleh berlaku,” katanya.
Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can do today to go green!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular