KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 23 Mei 2010

Kelantan Ceria Dalam Gundah emel

Walaupun Kelantan menang selesa pada malam ini, beberapa aksi pemain yang menunjukkan kurang persefahaman dikalangan pemain dapat dihidu dan dilihat dengan jelas oleh penyokong. Penyokong selaku pemilik bersama skuad Kelantan amat risau dengan situasi ini dan berharap pihak pengurusan dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan segera sebelum bertandang ke Alor Star yang mungkin akan merencatkan pungutan 3 mata Kelantan untuk terus mengejar Selangor.

Syukur jaringan awal sepakan penalti Norshahrul dan jaringan S Chanturu berjaya memberi 3 mata penuh kepada skuad Kelantan. Keputusan ketua jurulatih B. Sathiananthan menukarkan Azizi Mat Rose dengan Rizal Fahmi telah menyebabkan berlaku satu perkara yang kurang disenangi para penyokong sehingga terbawa-bawa di luar stadium. Para penyokong perlu memahami sikap Azizi ini adalah tindakan spontan yang perlu dimaafkan semua penyokong kerana beliau tersentap semangatnya yang telah bermain 16 perlawanan penuh tanpa ditukarkan dan pada malam ini beliau ditukarkan malah pada masa yang sama beliau hampir menjaringkan gol. Isu ini tidak perlu dipanjangkan dan diperbesarkan kerana ramai mengetahui semangat kental dan kerajinan Azizi dalam mempertahankan kubu Kelantan yang sehingga hari ini dibolosi 10 gol sahaja.

Pertukaran pada minit-minit akhir dengan memasukkan Akmal Rizal dan Hairuddin menggantikan Norshahrul dan Mohd Badhri tidak dapat membantu Kelantan menambah jaringan, namun kedua-dua pemain berjaya menghuru-harakan gawang lawan dengan percubaan gol yang berjaya diselamatkan.

Para penyokong amat berharap semua pemain kembali bersatu dengan hati yang ikhlas demi peminat semua. Banyak peluang gol disia-siakan kerana ada dikalangan pemain cuba mempamerkan aksi sendirian tanpa mempedulikan pemain lain. Salah seorang peminat Hanif dari Pasir Mas ketika ditemuramah diluar stadium berasa amat kecewa kerana sikap mementingkan diri dikalangan pemain amat jelas kelihatan dan berharap pemain Kelantan memperbaiki kelemahan yang dipamerkan ini dan beliau yakin skuad kesayangannya mampu pulih ke prestasi sebenar ketika melawan Kedah nanti. Beliau amat yakin dengan ketua jurulatih dan pihak pengurusan dapat menyelesaikannya.

Pihak KAFA menyeru peminat tidak membuat sebarang spekulasi dan andaian serta bertindak jaguh dalam membicarakan isu-isu pemain The Red Warriors kerana isu-isu yang direka-reka boleh merosakkan sebuah pasukan Juara yang cuba dibimbing dan dijaga oleh KAFA ini. Diharap penyokong terus memberi sokongan tanpa mempedulikan apa-apa yang diperkatakan musuh-musuh impian kita kerana kita membina sebuah pasukan yang terbaik dan bukan untuk direbahkan. Syukur dan terima kasih kepada penyokong kerana tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini mahupun balas dendam.

Ayuh penyokong dan pemain berganding bahu memeluk semangat yang sama, impian yang sama iaitu impian membawa Piala ke bumi Kelantan tercinta. Yakinlah kita adalah wira yang telah menjuarai segalanya, kita adalah juara semua pencapaian bolasepak Malaysia pada tahun ini. Kekalkan pencapaian kita, kekalkan jumlah kehadiran penyokong kita, kekalkan sokongan kita dan kekalkan semangat kita semangat yang menggegar dunia dengan semangat GOMO KELATE GOMO..............!!!!

Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Main Bijak, Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular