KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 31 Mei 2010

Cabaran Utara Diharungi dengan Cemerlang

Kelantan bangkit dari ketinggalan untuk membenam Pulau Pinang
di Stadium Batu Kawan, malam semalam.



Kelantan mengutip tujuh mata dari tiga perlawanan menentang skuad berpengkalan di utara dalam saingan Liga Super.

Menewaskan Perlis dan Pulau Pinang serta mencatatkan seri dengan Kedah mengukuhkan kedudukan Kelantan di tangga kedua di belakang Selangor setelah jiran tetangga dari pantai timur, Terengganu gagal menggunakan peluang untuk merapatkan mata.

Walaupun begitu, kemenangan yang diraih dalam dua perlawanan tidak diperolehi dengan mudah kerana skuad Red Warriors diberi tentangan sengit sebelum mencapai mata yang ditawarkan.

Pertemuan dengan Perlis, Kelantan sedikit pincang dan hanya bernasib baik untuk mengutip mata penuh manakala kemenangan membenam Harimau Kumbang pula diraih melalui sentuhan penyerang yang dikritik hebat, Hairudin Omar dan Akmal Rizal Rakhli.

Keputusan seri melawan Kedah pula dianggap adil kerana Hijau Kuning melebarkan rekod dua kali seri dan sekali menang melawan Kelantan pada musim ini.

Ketika saingan berbaki tujuh perlawanan, kedudukan Kelantan di tangga kedua mungkin sedikit selamat seandainya empat perlawanan di Kota Bharu selepas ini, Sang Kijang dapat mengutip mata maksimum dan cuba mencari mata dari tiga perlawanan di luar.

Semestinya Kelantan mengharapkan Selangor tercicir mata untuk merapatkan kedudukan namun dalam bola sepak, para pemain tidak harus terlalu memikirkan kejuaraan kerana ia tidak bagus kepada skuad.

Justeru itu, satu lagi perlawanan menentang skuad dari utara, Perak di Kota Bharu harus diharungi dengan cemerlang.

Kemenangan yang diraih keatas Seladang mungkin akan memberikan tekanan kepada Selangor yang sudah merekodkan 10 kemenangan secara berturutan.

Fokus dan kekuatan mental menjadi kunci utama untuk mengekalkan tahap sekarang. Usah fikir akan kejuraan, teruskan bermain seperti biasa dan cuba kekalkan kedudukan kini dari dipintas pasukan tetangga lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular