KELANTAN masih enggan menyerah kalah daripada memburu gelaran Liga Super apabila bangkit selepas ketinggalan satu gol untuk membenam Pulau Pinang 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Batu Kawan malam ini.
Kemenangan berkenaan membolehkan Kelantan mengumpul 42 mata namun kekal lapan mata di belakang pendahulu, Selangor yang turut mencatat kemenangan dengan membenam Perlis 2-0 di Stadium Shah Alam.
Kelantan yang terdesak untuk mengutip tiga mata penuh bagi merapatkan jurang mata dengan Selangor tersentak dengan gol awal tuan rumah melalui Chun Ken Hong pada minit ke-23.
Bagaimanapun skuad bimbingan B Sathianathan itu bangkit dengan tiga gol pada separuh masa kedua melalui jaringan Hairuddin Omar (m-66), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (m-75) dan Che Hishammuddin Hassan (m-88).
Kelantan akan berdepan Perak di kota Bharu Selasa ini pada hari terakhir sebelum Liga Super berehat untuk memberi laluan kepada kejohanan Piala Dunia di Afrika Selatan.
Selangor pula berdepan Johor di tempat lawan.












Andai aksi babak kedua menentang Perlis dipamerkan di Alor Setar tidak mustahil Red Warriors pulang hampa ditundukkan Kedah dalam saingan Liga Super 2010.


Kelantan bernasib baik mengutip tiga mata apabila menewaskan Perlis 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.
Para penyokong amat berharap semua pemain kembali bersatu dengan hati yang ikhlas demi peminat semua. Banyak peluang gol disia-siakan kerana ada dikalangan pemain cuba mempamerkan aksi sendirian tanpa mempedulikan pemain lain. Salah seorang peminat Hanif dari Pasir Mas ketika ditemuramah diluar stadium berasa amat kecewa kerana sikap mementingkan diri dikalangan pemain amat jelas kelihatan dan berharap pemain Kelantan memperbaiki kelemahan yang dipamerkan ini dan beliau yakin skuad kesayangannya mampu pulih ke prestasi sebenar ketika melawan Kedah nanti. Beliau amat yakin dengan ketua jurulatih dan pihak pengurusan dapat menyelesaikannya.
Dalam ucapan ringkas Tan Sri Annuar Musa berasa terharu dengan kehadiran Yang Amat Berhormat Menteri Belia dan Sukan dan semua tetamu jemputan serta semua penyokong Kelantan yang hadir. Beliau berharap kedua-dua ikon baru KAFA ini sentiasa mendapat sambutan hangat para peminat bolasepak Kelantan.