KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 14 November 2010

Terima Penghijrahan Pemain Bintang


Khabar kurang enak membelenggu minda penyokong setia Kelantan setelah perkhabaran baru mengatakan ramai barisan bintang bakal melangkah keluar dari skuad Red Warriors, musim hadapan.

Kejayaan menjulang Piala Malaysia ditambah dengan pingat naib johan dalam saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia 2009 telah menambahkan lagi profil pemain Kelantan sejak dua tahun kebelakangan ini.

Justeru itu, tidak hairanlah mengapa banyak pasukan berlumba untuk mendapatkan khidmat pemain yang telah menaikkan nama Kelantan sejak akhir-akhir ini.

Dilaporkan, Hairudin Omar, Akmal Rizal, Indra Putra dan Norfarhan Mohamed sudah bersedia untuk melangkah keluar dari kem Kijang.

Manakala beberapa nama termasuk pemain terbaik Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat sudah menyatakan kesudian untuk terus berbakti dengan negeri Cik Siti Wan Kembang.

Selebihnya, nama-nama pemain asal Kelantan yang menyatakan akan bersama pasukan kini untuk mengharung keriuhan dan keributan kancah Liga Malaysia 2011.

Sebagai peminat, kita perlu sedar betapa era profesional telah menukar rupa saingan liga negara kita.

Berhijrahnya seorang pemain kepada pasukan lain tidak mampu disekat kerana bukan semua pemain yang bermain bola sepak itu mahukan duit tetapi ada juga yang inginkan kepuasan sebenar dalam permainan.

Oleh itu, penghijrahan pemain kepada pasukan lain perlu diterima baik oleh Sang peminat.

Memang tidak ada peminat mahukan pasukan mereka kehilangan bintang-bintang terbaik tetapi itulah kenyataan perlu diakui.

Kehadiran bintang ini bukan untuk selamanya berbakti dengan pasukan kita. Sampai pada satu tahap, mereka mahu keluar mencari angin bersama pasukan lain seterusnya menamatkan sisa hidup selaku pemain bola sepak dengan pasukan yang dirasakan mampu memberi satu kepuasan dalam diri mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular