KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 4 November 2010

Kelantan mahu rampas kejuaraan


PEMAIN skuad Piala Emas Raja-Raja Kelantan mendengar taklimat daripada jurulatih, Zahasmi Ismail (berdiri tengah) di Kota Bharu semalam.


SKUAD Piala Emas Raja-Raja Kelantan musim ini menampilkan empat pemain Liga Super bagi memperkuatkan cabaran mereka menghadapi Kejohanan Piala Emas Raja-Raja edisi ke-70 yang bermula esok.

Pengurus Pasukan, Nudin Awang berkata, pihaknya telah memilih 24 pemain bagi membarisi skuad musim ini dalam usaha merampas semula kejuaraan tersebut selepas tersekat pada pusingan suku akhir tahun lalu.

Menurutnya, empat pemain tersebut ialah penjaga gol, Mohd. Shahrizan Ismail, pemain pertahanan, Sharudy Aziz dan Che Hisammudin Hassan daripada skuad Liga Super Kelantan serta seorang lagi pemain Liga Super Terengganu, Tengku Hazman Raja Hassan.

"Daripada senarai 24 pemain yang dipilih itu, kita turut memanggil lima pemain daripada skuad Piala Presiden musim ini manakala selebihnya adalah kalangan pemain dari kelab dan jajahan di negeri ini.

"Melihat kepada barisan pemain yang dimiliki oleh Kelantan musim ini, pihak pengurusan pasukan percaya kita mampu mencapai sasaran untuk kembali merampas piala seperti yang yang diimpikan oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMK)," katanya.

Menurut Nudin, skuad Kelantan kini giat menjalani latihan harian di Padang Mardi, Pasir Tumbuh di bawah kendalian jurulatih, Zahasmi Ismail sambil dibantu Afendi Yusof dan Hamid Ramli.

"Segala persiapan pasukan sudah memasuki fasa terakhir. Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pemain.

"Walaupun tewas 0-1 dalam perlawanan persahabatan malam semalam, tetapi kita tetap berpuas hati dengan persembahan pemain. Cuma kita perlu memperkemaskan jentera serangan yang dilihat tumpul dalam perlawanan itu," katanya.

Ditanya mengenai tiga pasukan yang bakal memberi saingan kepada Kelantan nanti, Nudin menjelaskan, beliau melihat hanya pasukan ATM yang mampu memberi saingan sengit kepada pasukan Kelantan. Begitupun, kami tetap hormati Pulau Pinang dan Johor," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular