KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 6 November 2010

Kelantan Benam ATM



Perlawanan pertama Kelantan dalam kancah Piala Emas Raja-Raja 2010 diharungi dengan cemerlang setelah membelasah Angkatan Tentera Malaysia 5-1 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

Beraksi di hadapan 2000 penyokong setia, Kelantan jelas menguasai perlawanan memaksa pemain Tentera lebih banyak bertahan.

Keazaman memburu gol awal dimulakan dengan percubaan pemain sayap, Khairul Izuan Rosli pada minit ke-2 namun sepakan lencong dari luar kotak penalti sedikit tersasar.

Tentera hampir membuka jaringan pada minit ke-6 selepas kesilapan barisan pertahanan Kelantan memberi ruang buat Mohd Kefli Shamsudin melakukan percubaan tinggi didalam kotak penalti.

Seminit kemudian, bekas pemain skuad Liga Super Kelantan, Ezrie Shafizie melakukan sepakan deras dari luar kotak penalti tetapi keluar.

Mohd Nurhafifi pula gagal menyempurnakan hantaran cantik Che Hishamudin pada minit ke-13 apabila gagal melakukan penyudah kedalam jaring walau hanya berseorangan didalam kotak penalti Tentera.

Pelawat pula kecewa apabila sepakan percuma yang diberikan sedikit dari luar kotak penalti disepak tinggi Musobri Mat Nayan pada minit ke-23.

Che Hishamudin hampir membuka jaringan pada minit ke-33 setelah sepakan leret hasil hantaran Khairul Izuan Rosli dari sebelah kiri ditampan Faisol Mohamad sebelum dikeluarkan pertahanan Tentera.

Pada minit ke-34, percubaan Kelantan melalui gerakan satu dua Rosairil Asrul dan Che Hishamudin ditepis keluar penjaga gol ATM tersebut.

Kelantan akhirnya memperoleh gol pertama selepas sepakan percuma kencang Rosairil Asrul dari jarak 35 meter terus menerjah jaring menewaskan sama sekali Faisol Mohamad pada minit ke-40.

Kelantan hampir menambah gol tetapi sepakan Mohamad Norhafifi didalam kotak penalti terkena palang gol pada minit ke-45.

Bersambung babak, Kelantan mengandakan gol setelah Mohd Khairul Izuan Rosli menyempurnakan peluang terbuka didepan gawang selepas pemain pertahanan Tentera menanduk lemah hantaran lintang Rosairil Asrul pada minit ke-57.

Seminit kemudian, Tentera merapatkan kedudukan kepada 2-1 selepas pemain tengah Kelantan, Khairul Ezuan Razali tertanduk bola kedalam gawang sendiri hasil sepakan sudut pasukan pelawat.

Menambah sengat, Che Hishamudin dan Mohamad Norhafifi dikeluarkan Zahasmi Ismail untuk memberi ruang buat Ramzul Zahini dan Aris Zaidi masuk selaku penyerang.

Ramzul Zahini membuktikan masih bisa apabila menyempurnakan hantaran lintang Rosairil Asrul untuk gol ketiga Kelantan pada minit ke-72.

Minit ke-80, Rosairil Asrul menambah gol kedua peribadi dan gol keempat Kelantan apabila tenang menanduk masuk hantaran lintang Khairul Izuan Rosli.

Tuan Norhafizi pula menyaksikan rembatannya pada minit ke-90 melambung tinggi.

Ezrie Shaizie menutup malam gemilang Kelantan apabila rembatan deras dari luar kotak penalti menewaskan Faisol Mohamad buat kali kelima pada minit ke-3 masa tambahan.

Kesebelasan Utama:

Kelantan: Zahasmi Ismail
Mohd Shahrizan Ismail (gk), Sani Nawi, Rosairil Asrul, Sharudi Aziz (c), Mohd Nurhafifi Othman, Ezrie Shafizie, Cik Hishamudin, Nik Mohd Shahrul Azim, Khairan Ezuan Razali, Tuan Norhafizie dan Khairul Izuan Salahudin.

Pertukaran: Ramzul Zahini, Aris Zaidi, Mohd Aras Abdullah

Tentera: Mat Zali Lazim
Faisol Mohamad (gk), Musabri Mat Nayan, Hanafi Abdullah, Hairol Naim Hamzah, Shahril Azwari, Venice Elphi, Sufian Abu Bakar, Izzat Zaini, Badrul Hisham Sufian, Abdul rashid Mahmud dan Mohd Kefli Shamsudin.

Pertukaran: Zulkifli Ismail

Pengadil: Shamsudin Ibrahim.
Pen 1: Zulfikar Abdullah.
Pen 2: Mohd Zulkifli
Peg ke-4: Mohamad Che Meh

Statistik Perlawanan

Gol
Kelantan 5-1 ATM

Percubaan Tepat
Kelantan 12 - 2 ATM

Kad Kuning
Kelantan 1-2 ATM

Kad Merah
Kelantan 0-0 ATM

Posisi Bola (%)
Kelantan 60-40 ATM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular