KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 18 November 2010

Info Terbaru Kem Kelantan 2011

Dikhabarkan Skuad Red Warriors bakal menggunakan khidmat pemain tempatan dalam skuad utama 2011. Tiada lagi pembelian baru selain tiga pemain yang telah disahkan sebelum ini akan menganggotai skuad musim depan.

Nurul Azwan Roya - Pemain tengah
Mohd Abdul Aziz Ismail - Pemain pertahan
K. Soley - Pemain tengah

Kelantan juga dikatakan bakal menaikkan beberapa pemain simpanan untuk diserapkan kedalam skuad. Antara nama-nama Piala Presiden yang dijangka mengisi senarai 25 pemain skuad Kijang ialah:

Mohd Izuan Salahudin
Aris Zaidi
Shafiq Haikal
Nik Shahrul Azim

Selain itu, menurut sumber terdekat tersebut, Kelantan akan meletakkan beberapa pemain simpanan ketika ini dalam skuad kesebelasan utama. Antaranya pemain yang disebut akan diletakkan di barisan permulaan ialah

Ramzul Zahini Adnan
Nidzad Ayub
Zulyusri Che Harun

Pemain selebihnya adalah beberapa tonggak asal yang masih berminat untuk menganggotai skuad Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular