KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 8 November 2010

Piala Malaysia Akhirnya Dipersembah.

Piala Malaysia akhirnya dipersembahkan kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan,Sultan Muhamad V dalam Santapan Malam bersama Tuanku di Grand Ballroom, Hotel Renaissance, malam tadi.

Sultan Muhamad V berkenan untuk mencemar duli berangkat hadir bersama Tengku Mahkota Kelantan ke majlis santapan sempena meraikan kejayaan skuad The Red Warriors menjuarai Piala Malaysia 2010 buat kali pertama dalam sejarah.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa bersama Ahli Majlis KAFA, Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ), barisan penaja, kelab penyokong rasmi serta wakil laman rasmi turut hadir dalam majlis tersebut.

Pada majlis malam tadi, Tuanku telah dipersembahkan dengan trofi Piala Malaysia, trofi pemain terbaik perlawanan akhir serta trofi pemain paling berharga dengan penuh adat istiadat melayu Kelantan.

Persembahan piala turut diiringi oleh hulubalang Kelantan berpakaian tradisional serta semua pemain dan pihak pengurusan skuad The Red Warriors.

Beberapa wakil dari Kerajaan Negeri serta Ahli Majlis Perajaan turut hadir dalam majlis penuh adat istiadat rakyat Kelantan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular