KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 6 November 2010

Piala Emas Raja-Raja 2010
Johor Mula Langkah Kanan.


Skuad Piala Emas Raja-Raja Johor memulakan cabaran dengan nota kemenangan setelah menang 2-0 keatas Pulau Pinang di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, petang tadi.

Keseluruhan perlawanan menyaksikan Johor menguasai setiap sudut padang namun ketumpulan jentera serangan menjadi penyebab utama mengapa mereka gagal menang besar.

Gol pertama Johor sumbangan Suani Hombis diperoleh melalui kesilapan pemain pertahanan Pulau Pinang menguis bola kebelakang tetapi Suani pantas merampas sebelum mengelecek dua pemain pertahanan lain dan sepakan lencong pemain ini terus menerjah jaring pada minit ke-24.

Selepas gol tersebut, Johor mengatur beberapa serangan berbahaya namun gagal membolosi gawang Pulau Pinang.

Bersambung babak kedua, Pulau Pinang bagai mendapat suntikan semangat setelah melakukan banyak serangan berbahaya untuk mencari gol penyamaan.

Bermula minit ke-48. sepakan deras Mohd Khairul Othman ditepis keluar penjaga gol Johor, Mohd Taha Talib.

Mohd Fadzly Sulaiman turut hampa setelah sepakan percuma kencang pada minit ke-66 terus kedakapan Mohd Taha Talib.

Pulau Pinang terus mengatur gerak berbahaya ke kubu Johor namun mereka tetap gagal mencari gol penyamaan.

Johor sebaliknya lebih berpeluang mengukuhkan kedudukan apabila memperoleh dua peluang keemasan untuk menambah gol.

Dengan tandukan Zaini Kamar diselamatkan diatas garisan gol pertahanan Pulau Pinang pada minit ke-72, Jasazrin Jamaludin pula mengecewakan kem Johor apabila sepakan penalti yang dihadiahkan kepada mereka gagal disudahkan setelah Isyafrial Ishak lebih pantas membaca arah sepakan untuk menepis keluar pada minit ke-82.

Sisa perjuangan Pulau Pinang akhirnya berakhir pada minit ke-85 selepas Zaini Kamar bijak menanduk masuk hantaran lintang Suani Honbis untuk gol kedua perlawanan.

Selepas tambahan masa dua minit. tiupan panjang wisel Zulkifli Hamat memberikan tiga mata pertama kepada pasukan dari Selatan tersebut.

Kesebelasan Utama:

Pulau Pinang: Isyafrial Ishak (gk), Md Khairol Othman, Md Saiful Basir, Md Shafiz Azizi, Md Redzuan, Shamil Madhoki, Md Shazwan Kasim, Amirul Omar, Azmi Rahman, Fadhli Abdullah dan Aziz Ismail

Pertukaran: Mohd Baser Napae, Fadzly Sulaiman

Johor: Mohd Taha Talib, Azhar Ridzuan, Ismail Suboh, Jasazrin Jamaludin, Faezel Abdul Hamid, Md Zaini Kamar, Suani Honbis, Fitri Amir Ramli, Shahrol Affendi Ridzo, W. Nor Zaidi dan Mohd Tahian Roslan.

Statistik Perlawanan

Percubaan
Pulau Pinang 4-12 Johor

Kad Kuning
Pulau Pinang 5-2 Johor

Kad Merah
Pulau Pinang 1-0 Johor

Posisi Bola (%)
Pulau Pinang 45-50 Johor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular