KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 1 November 2010

Sukan

Sathia dedah rahsia kejayaan
Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my
2010/11/01

B Sathianathan
B Sathianathan
Akui guna kata-kata berbaur kesat untuk bakar semangat pemain Kelantan

KETIKA ditanya apakah kata-kata 'azimat' yang mengubah corak permainan, seterusnya nasib Kelantan pada baki 45 minit separuh masa kedua dalam perlawanan final Piala Malaysia kelmarin, jurulatih Kelantan B Sathianathan mendedahkan dia menggunakan kata-kata berbaur kesat.
Namun apa yang penting baginya, mesej di sebalik perkataan yang dihamburkan itu sampai kepada pemainnya.
“Saya tidak boleh mendedahkan perkataan yang saya gunakan kerana itu tidak boleh disiarkan. Saya memberitahu, mereka sepatutnya boleh bermain dengan lebih baik daripada separuh masa pertama.

“Saya tidak faham mengapa dua pertahanan menjaga seorang penyerang mereka (Negeri Sembilan). Ketika ketinggalan, sudah tentu saya tidak menggunakan kata-kata perangsang, sebaliknya memaki hamun mereka.

“Saya tidak boleh memperkatakan sangat mengenai ‘perkataan’ itu,” kata Sathia yang memiliki perwatakan sentiasa berterus terang tanpa berselindung.

Mahkota Piala Malaysia sulung itu yang menobatkan Kelantan sebagai juara dekad pertama alaf baru ini, melengkapkan tahun penuh gemilang yang turut menyaksikan The Red Warriors bergelar naib juara Liga Super manakala Annuar terpilih sebagai Timbalan Presiden FAM.
“Ia adalah tahun yang baik buat Kelantan. Kami meraih tempat kedua liga. Selepas 13 bulan, saya berjaya membantu menjadikan keadaan begitu menarik.

“Sebelum ini, semua orang berkata senang untuk menghalang Kelantan. Anda hanya perlu membuat pemain Kelantan marah dan dilayangkan kad merah. Tahun ini, hanya dua pergaduhan tercetus di dalam padang,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular