KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 14 November 2010

Kelantan Bawa Bekalan Selesa.



Kelantan mencatatkan kemenangan menyakinkan dalam suku akhir pertama Piala Emas Raja-Raja 2010 apabila menundukkan Perlis 3-0 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

Gol kemenangan Kelantan disumbangkan Ahmad Ezrie Shafizie, Mohd Izuan Salahudin dan Aris Zaidi.

Kelantan bermula garang dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu Perlis dan hampir didepan melalui cubaan Mohd Izuan Salahudin pada minit ke-12

Dua minit kemudian, cubaan Aris Zaidi diselamatkan pertahanan Perlis diatas garisan gol manakala sepakan susulan Sarudi Aziz selepas itu sedikit melewati palang gol.

Kelantan sekali lagi kempunan setelah tandukan Izuan Salahudin ditampan Andrian Jurad diatas garisan gol hasil sepakan penjuru Rosairil Asrul.

Ahmad Ezrie Shafizie akhirnya mengembirakan hampir 4000 penyokong setia Kelantan apabila tandukan melantun pada minit ke-40 gagal diselamatkan penjaga gol Perlis. Muhamad Izwan Ahmad.

Bersambung babak kedua, Kelantan terus mengasak untuk mendapatkan gol dan usaha mereka berhasil melalui jaringan Mohd Izuan Salahudin pada minit ke-54.

Gol berpunca dari gerakan Ramzul Zahini kepada Aris Zaidi didalam kotak penalti terus melorongkan kepada Izuan yang hanya menyepak masuk kedalam gawang sudah ternganga luas.

Perlis turut berpeluang menjaringkan gol namun percubaan Romdhizat Jamian dan Mohd Faiz Subri berjaya diselamatkan Mohd Shahrizan Ismail.

Kelantan sebaliknya berjaya menambah jaringan setelah Aris Zaidi menyepak masuk menewaskan Muhamad Izwan Ahmad buat kali ketiga hasil umpanan menarik Ramzul Zahini pada minit ke-84.

Ramzul turut berpeluang meletakkan nama selaku penjaring namun peluang situasi satu lawan satu gagal disempurnakan walau hanya perlu melakukan lambungan selepas penjaga gol pelawat sudah keluar dari posisi.

Tambahan masa yang diberikan turut gagal digunakan kedua-dua pasukan dan wisel panjang Ramli Mat Dahan memberikan Kelantan bekalan selesa sebelum suku akhir kedua di Kangar, 26 November ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular