KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 22 November 2010

Akmal Rizal Sertai Perak




Selepas Syed Adney mengesahkan akan keluar dari kem Kelantan, Akmal Rizal Rakhli turut bertindak sama dengan menyertai pasukan Perak untuk saingan Liga Malaysia 2011.

Sebelum ini, desas desus lantang kedengaran di merata tempat mengatakan bekas penyerang kebangsaan ini akan berhijrah dan semuanya terbukti benar dengan pengakuan pemain tersebut, semalam.

Dikhabarkan Akmal menyertai Perak dengan kontrak selama dua musim bermula tahun hadapan.

Dengan penghijrahan ke Perak, Akmal Rizal bakal beraksi di bawah bimbingan bekas jurulatih skuad negara, Norizan Bakar.

Karier Akmal yang dilihat malap sebelum ini kembali menyinar apabila berjaya membantu Kelantan menduduki tempat kedua Liga Super dan muncul juara dalam Piala Malaysia.

Nama Akmal turut menjadi sebutan setelah menjaringkan gol penting kepada Kelantan dalam beberapa perlawanan termasuklah ketika menundukkan Selangor dalam suku akhir kedua Piala Malaysia tempoh hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular