KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 13 November 2010

Masih Teka Teki




Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih berteka teki siapakah pemain yang bakal menyarung jersi Kelantan untuk tahun 2011.

Dilaporkan lima pemain sah tidak menyambung kontrak bersama Sang Kijang iaitu Hairudin Omar dan Syed Adney yang menyertai pasukan lain musim depan. Selebihnya pula dilaporkan mengambil keputusan untuk bersara.

Skuad Kelantan turut akan mendapatkan khidmat beberapa pemain baru bagi menampung keluarnya lima pemain diatas.

Antara bakal pemain yang disebut akan menyertai Kelantan pada 2011 ialah Yosri Dermaraju, Reshafiq Alwi, Irwan Fadzly Idrus serta Mohd Abdul Aziz Ismail.

KAFA melalui Presiden, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan bahawa majlis menandatangani kontrak akan dibuat malam esok.

Justeru itu, segala tekaan siapa pemain yang kekal, masuk dan keluar yang bermain di minda peminat bola sepak Kelantan bakal terjawab pada majlis itu nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular