KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 4 November 2010

Nama Besar Sarung Jersi Kelantan


Skuad Piala Emas Raja-Raja Kelantan 2010 bakal menerima kehadiran beberapa nama besar menganggotai pasukan untuk saingan yang dijangka bermula Jumaat ini.

Menurut sumber Kelatewaz bola, skuad penuh masih lagi belum dapat diumumkan kerana terdapat sedikit masalah teknikal namun kehadiran pemain memiliki reputasi gah dalam liga Malaysia bakal memberi kekuatan tambahan kepada skuad Kijang.

Antara nama-nama yang bakal menyarung jersi Kelantan ialah bekas pemain Kebangsaan, Tengku Hazman Raja Hassan, pemain liga super Kelantan, Mohd Shahrizan Ismail, Sarudi Aziz dan Che Hishamudin serta pemain Felda United, Hardi Ahmad.

Bekas pemain utama Kelantan, Nik Ahmad Fadly, Ezrie Shafizie, Rosairil Asrul serta Mat Tasbih turut dijangka akan diserap masuk kedalam pasukan Piala Emas Kelantan.

Selebihnya untuk mencukupkan senarai 22 pemain Kelantan ialah pemain skuad Presiden serta pemain yang diambil dari kejohanan liga anjuran Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Untuk Piala Emas Raja- Raja, Kelantan akan menjadi tuan rumahdi Kota Bharu kepada Johor, Pulau Pinang dan Angkatan Tentera Malaysia.

Kelantan akan membuka saingan menentang Angkatan Tentera Malaysia, 5 November 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular