KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 5 November 2010

"Kalau Tidak Ada Angin Mana Mungkin Pokok Bergoyang"

Kenyataan Tan Sri Annuar Musa secara terbuka ingin melepaskan jawatan sebagai presiden KAFA merupakan antara rentetan keluh kesah beliau apabila dikritik hebat sejak perlawanan akhir Piala Malaysia berlangsung. Daripada isu tiket mahal, isu kouta tiket untuk kelab penyokong dan sejarah politik beliau diungkit kembali oleh penyokong telah menjadi bebanan berat kepada beliau ketika saat wisel perlawanan dimulakan dan sehinggalah disaat piala Malaysia diarak ke seluruh Kelantan.

Tiket pakej merupakan salah satu usaha KAFA untuk mencari sumber kewangan bagi menampung insentif bonus dan kos pengurusan yang lain dijangka meningkat apabila final. Selain berusaha memberi kemudahan kelas pertama kepada semua pemain bagi menghargai segala penat lelah mereka mengharungi saingan piala Malaysia. Ramai yang mengungkit kos tajaan syarikat besar seperti Al Hamra,Yusmira dan Sinar Harian dikatakan kononnya sudah memadai menampung kos final ini, tetapi tidak pernah mengetahui kos tajaan yang dikeluarkan ratusan ribu ini untuk setahun sedangkan kos pengurusan, operasi, perjalanan dan gaji seluruh kakitangan KAFA memerlukan lebih RM150 ribu sebulan. Oleh itu pakej tiket hanya sekadar memberi impak bonus dan semangat kepada para pemain untuk memenangi piala berprestij ini. Walaupun sudah seminggu isu ini berlalu tetapi isu ini tetap menjadi buah mulut orang ramai sehingga terbekas ke dalam hati Tan Sri Annuar Musa.



Isu sejarah politik beliau dan kouta tiket kelab penyokong juga telah memberi imej yang buruk kepada beliau kerana ada kelab penyokong yang sering mendapat publisiti media menghetam Tan Sri Annuar secara terbuka di media dan dikritik hebat dilaman sosial "Facebook" seolah-olah beliau telah mengabaikan tanggungjawab beliau pada kelab penyokong. Isu kouta ini sebenar boleh dibincang secara peribadi dengan beliau dan tidak perlu dihebohkan pada media, yang sudah pasti telah menjejaskan reputasi beliau selaku Timbalan Presiden FAM dan presiden FAM. Malah beliau sendiri telah mengagihkan tiket kepada para penyokong secara adil apabila ada wakil kelab-kelab penyokong yang menghubungi beliau untuk menempah tiket. Oleh itu isu beliau mengabaikan kelab penyokong sebenarnya tidak berbangkit langsung malah kelab-kelab penyokong juga diagihkan tiket "Grandstand" secara percuma kepada ahli jawatan kuasa kelab dan dibenarkan dijual dengan harga yang berpatutan kepada ahli kelab.

Tan Sri Annuar Musa juga yakin ada tangan-tangan ghaib cuba mencipta pelbagai isu untuk menjatuhkan beliau. Ada pihak yang mengimpikan kerusi empuk presiden ini dan terpaksa mempergunakan kelab-kelab penyokong membangkit isu yang dianggap relevan untuk memalukan beliau. Namun bagi semua pengurusan KAFA yang ada sekarang yakin jawatan dipegang Tan Sri Annuar Musa sukar diganggu gugat oleh sesiapa pun selagi Tan Sri Annuar menyatakan kesediaan memimpin pasukan The Red Warriors. Kejayaan yang dicipta beliau sukar dicari ganti, namun tetap akur sekiranya keputusan yang dilakukan beliau adalah muktamad.



Keresahan ini bukan sahaja dialami Tan Sri Annuar Musa malah turut dirasai seluruh penyokong Kelantan yang yakin kejayaan yag dikecapi ini adalah dicipta hasil kebijaksanaan Tan Sri Annuar Musa merancang dan membangunkan bolasepak Kelantan yang sudah lama bergelumang dengan pelbagai masalah dari kewangan hinggalah masalah pemain. Apa yang dihasilkan ini adalah dirancang rapi bukannya mengharapkan tuah atau keajaiban para pemain. Setiap pemain yang dipilih menyarung jersi Kelantan dan pemain yang diturunkan bagi setiap perlawanan semuanya dipilih oleh Tan Sri Annuar Musa dibantu sahabat karibnya B. Sathianathan. Tan Sri Annuar Musa membuktikan beliau berbeza daripada presiden bolasepak negeri lain apabila setiap kali perlawanan beliau akan turun ke padang, mesra dengan penyokong dan mudah didampingi serta ditegur.

Ramai penyokong yakin jawatan ini akan terus disandang oleh beliau kerana impian merangkul juara piala FA, piala Sumbangsih dan piala liga super masih belum dikecapi. KAMI AKAN TERUS MENYOKONG TAMPUK KEPIMPINAN TAN SRI ANNUAR MUSA.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular