KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 9 November 2010

Kelate.Net, Theredwarriors.Com Top Laman Web Bola Sepak Di Malaysia


Kelate.netPENYOKONG bola sepak negeri Kelantan sekali lagi membuktikan mereka bukan sahaja mewarnai kemeriahan bola sepak tempatan dengan memenuhi gelanggang keramat mereka, Stadium Sultan Mohd Ke-IV tetapi turut menjadi nadi pengunjung paling ramai di internet.

Buktinya, dua laman web pasukan dan penyokong The Red Warriors iaitu www.theredwarriors.com (Portal rasmi Persatuan Bola Sepak Kelantan atau KAFA) serta www.kelate.net (Laman Web rasmi Kelab Penyokong Siber bola sepak Kelantan) berada di tangga teratas ranking Alexa dalam kategori laman web bola sepak negara ini.

Trafik kunjungan pelayar web ke kedua-dua laman web berkenaan jauh mengatasi laman web rasmi persatuan induk bola sepak di Malaysia (FAM) di www.fam.org.my serta lain-lain persatuan bola sepak negeri atau kelab penyokong masing-masing.

Mengikut data trafik Alexa semalam (21 Oktober), Kelate.net berada di ranking ke-790 bagi keseluruhan laman web di Malaysia (semua kategori) atau 332,187 bagi kedudukan keseluruhan laman web secara global.

Kelate.netManakala portal rasmi KAFA, www.theredwarriors.com menduduki ranking ke 281,828 secara global atau ranking ke-965 kunjungan dari Malaysia.

Laman rasmi FAM (www.fam.org.my) berada di ranking ke 4,197 bagi kunjungan pelayar web dari Malaysia atau ranking keseluruhan di tangga ke 757,154.

Lain-lain kelab penyokong terbaik di internet ialah Kelab Penyokong Hijau Kuning (Kedah – www.hijaukuning.com) yang berada di ranking ke 5,283 (Malaysia) atau 975,609 (global).

Trafik ranking (Alexa) laman web persatuan dan kelab penyokong bola sepak tempatan bagi kunjungan dari Malaysia (ranking global dalam kurungan):

1) Kelate.net 790 (332,187)
2) Theredwarriors.com 965 (281,828)
3) Harimaumalaya.com 3,124 (502,275)
4) FAM.org.my 4,197 (757,154)
5) Hijaukuning.com 5,283 (975,609)
6) Selangorfc.com 6,456 (1,742,851)
7) GanuSoccer.net 14,850 (1,718,000)
8 ) FASelangor.my 17,765 (2,731,910)
9) Tokgajah.com 28,342 (2,553,105)
10) Seladang.net – (3,740,625)
11) Yob4ever.com – (4,167,126)
12) n9futbol.com – (7,135,801)
13) Singautara.net – (7,152,509)
14) Jengking.com – (12,351,452)
15) Johorfc.com – (20,166,012)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular