KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 1 Oktober 2010

Pemain Kelantan Giat Berlatih



Pemain Kelantan sedang giat menjalani latihan sebagai langkah awal sebelum bertandang ke Paroi untuk perlawanan pertama pusingan kedua Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan, Ahad depan.

Sesi latihan dikendalikan B. Sathianathan dengan bantuan Hashim Mustapha, Sidek Shamsudin dan Ismail Chawailit.

Kelihatan beberapa rombakan kecil dilakukan skuad Kijang untuk menghadapi juara bertahan Piala Malaysia tersebut.

Menurut pemerhatian dari RedsFC-News, kesemua pemain Kelantan menjalani latihan dalam suasana mesra tanpa ada tekanan walau baru-baru ini dilanda kontroversi.

Menurut beberapa pemain yang ditemui selepas sesi latihan, mereka bersemangat untuk menebus kembali aib yang diberikan Negeri Sembilan sewaktu tunduk pada perlawanan pertama tempoh hari.

Mereka bertekad untuk memberikan aksi yang terbaik seterusnya membawa pulang tiga mata dari arena lawan.

Pemain yang ditemui itu juga berharap penyokong Kelantan akan terus berada di belakang pemain, memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan Kijang untuk mengharungi baki saingan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular